Model Bar (Part-Part-Whole) Dalam Soalan Penyelesaian Masalah Harian

Model Bar (Part-Part-Whole) Dalam Soalan Penyelesaian Masalah Harian

Share this post

Model Bar (Part-Part-Whole)

Model bar merupakan satu kaedah penyelesaian masalah heurestik secara visual yang direka oleh Kementerian Pendidikan Singapura pada tahun-tahun 1980-an. Dalam model bar, bar dalam bentuk segi empat tepat melintang akan digunakan untuk mewakili masalah dan lokasi bar – bar ini akan menunjukkan hubungan antara kuantiti. Model bar menekankan teknik visualisasi dengan memindahkan maklumat dan konsep soalan kepada pada bentuk visual. Teknik visualisasi ini membantu murid untuk menguasai pemahaman konseptual dengan lebih baik1. Terdapat tiga jenis model bar yang diketengahkan iaitu part-part-whole, comparison, dan equal parts. Contoh model bar (part-part-whole) yang mudah: 

 

 

Rajah 1: Model bar (Part-Part-Whole) digunakan untuk menyelesaikan soalan di atas. Soalan penyelesaian masalah diterjemahkan kepada visualisasi bagi memudahkan murid memahami soalan sekaligus menyelesaikannya.

 

Dalam Rajah 1 jumlah jualan bagi tahun 2020 oleh Mak Cik Kiah adalah sebanyak RM26 000 manakala jumlah jualan bagi tahun 2021 oleh Mak Cik Kiah adalah sebanyak RM27 008. Dengan menggunakan model bar (Part-Part-Whole), konsep dan informasi dalam soalan diterjemahkan dalam bentuk visual. Teknik visualisasi ini membantu murid sekolah rendah menterjemahkan soalan – soalan penyelesaian masalah pelbagai aras ke dalam bentuk visualisasi. 

Untuk mengimplementasikan model bar (Part-Part-Whole) di dalam bilik darjah, strategi CUBES boleh dilaksanakan. 

 

 

Strategi Cubes

Strategi CUBES meliputi C – Bulatkan nombor-nombor penting, U – Gariskan kehendak soalan, B – Petakkan operasi matematik yang terlibat, E – Lakukan penilaian dan mula melukis, dan S – Selesaikan dan semak. 

Langkah 1 – (C) Bulatkan nombor – nombor penting

 

 

Langkah 2 – (U) Gariskan kehendak soalan

 

 

Langkah 3 – (B) – Petakkan operasi matematik yang terlibat

 

 

Langkah 4 – (E) Lakukan penilaian dan mula melukis

 

 

Langkah 5 – (S) Selesaikan dan semak. 

Guru perlu membimbing murid untuk memindahkan maklumat kepada model bar dalam bentuk part-part-whole. Dengan menggunakan visualisasi, murid akan dapat memahami operasi matematik yang diperlukan. Untuk menyemak pula, guru boleh mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi mencari penyelesaian bagi soalan tersebut. Jika jawapan yang diperoleh adalah sama, maka langkah penyelesaian menggunakan model bar tadi adalah betul. 

 

 

Rujukan:

  1. https://www.iejme.com/article/enhancing-students-mathematical-problem-solving-skills-through-bar-model-visualisation-technique-3919
  2. https://eric.ed.gov/?id=EJ1259982
  3. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0731948717690116

 

Tag Sekolah Rendah Penyelesaian masalah harian

Reflection

Bagaimana anda membantu murid anda menguasai kemahiran menyelesaikan masalah?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah teknik visualisasi sesuai untuk digunakan bagi membantu murid menyelesaikan masalah harian?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah kemahiran yang diketengahkan dalam menggunakan model bar?

Adakah model bar (part-part-whole) ini sesuai digunakan dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson