 (16).png)
Merancang dan Membina Ujian
Guru Matematik biasanya membina soalan-soalan sendiri untuk ujian, Terdapat pelbagai bahan yang sedia ada contohnya daripada buku teks buku ulang kaji, soalan-soalan lepas (SPM/STPM), dan sebagainya. Antara langkah utama yang harus diambil kira oleh guru dalam merancang dan membina ujian adalah:
Berasaskan JPU, kertas soalan yang disediakan meliputi kesemua tajuk (kemahiran yang hendak dinilai mengikut soalan mudah, sederhana dan mencabar). Sesuatu ujian yang disediakan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan (reliability). Satu cara mendapatkan kebolehpercayaan adalah dengan memberikannya kepada ramai pelajar (biasanya > 30 orang) yang mempunyai latar belakang serta kebolehan yang pelbagai. Pelajar mestilah telah mempelajari bahan yang diuji. Setelah selang beberapa masa, ujian yang sama atau hampir sama kandungannya diberikan semula kepada pelajar yang sama. Nilai kolerasi biasanya antara negatif satu atau positif satu. Jika nilai korelasi hampir satu makan kebolehpercayaan adalah tinggi. Ujian yang disediakan juga hendaklah mempunyai kesahan (validity). Sesuatu ujian mempunyai kesahan kandungan (content validity). Jika ia meliputi kandungan pelajaran yang hendak dinilai, ia mempunyai kesahan kriteria (criterion validity). Guru Matematik biasanya lebih mementingkan kesahan kandungan. Apabila anda hendak membina ujian, adalah baik jika disediakan matriks tiga mata mengandungi objek Matematik. Peringkat kognitif atau afektif dan topik Matematik ditunjukkan seperti:
Berpandukan Gambar Rajah 1, anda boleh membina item soalan untuk setiap sel yang berkaitan dengan objektif bagi sesuatu unit yang diuji. Pada amnya, jika mengikuti langkah-langkah yang telah dibincangkan untuk membina ujian yang sah, maka ujian tersebut juga mempunyai sifat kebolehpercayaan.
|
Mulakan perbincangan anda yang pertama