Mengurus Kemahiran Multitasking untuk Profesion Guru
PENGENALAN Profesion sebagai seorang guru dalam era kini sangat mencabar. Guru bukan lagi melaksanakan kerja-kerja hakiki iaitu mengajar mata pelajaran mengikut opsyen. Namun, tugas dan tanggungjawab guru dipelbagaikan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Dengan ini, guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Antara contoh tugas dan tanggungjawab tambahan yang diberi kepada guru ialah dilantik menjadi setiausaha Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bendahari Jawatankuasa PIBG dan sebagai penyelaras-penyelaras yang berkaitan. Selain itu, guru juga terpaksa melaksanakan tugas-tugas perkeranian seperti menyediakan minit mesyuarat, mengisi dan mengumpul borang serta memasukkan data ke dalam komputer. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya cuba mengaplikasikan kemahiran multitasking dalam menyelesaikan bebanan tugas tersebut. APAKAH DEFINISI MULTITASKING? Multitasking ialah pelbagai tugas yang melibatkan penyesuaian aktiviti kerja yang berbeza dan peralihan perhatian dari satu tugas ke satu tugas yang lain di dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, guru mempunyai meeting secara online dan diwaktu yang sama pihak pengurusan sekolah meminta guru melihat dan membentangkan data yang diperlukan serta merekodkannya. Di sini pada masa yang sama guru juga dikehendaki membuka software yang lain untuk meperoleh data dan membentangkan data seperti yang dikehendaki. MENGURUS KEMAHIRAN MULTITASKING Mengurus dan kemahiran adalah dua jenis elemen yang berbeza. Namun, kedua-dua elemen ini amat diperlukan dan penting dalam sesuatu pekerjaan. Hal ini adalah kerana fungsi bagi kedua-dua elemen ini saling berkait rapat di antara satu sama yang lain. Sekiranya sesorang tidak memiliki ciri-ciri mengurus dengan baik maka sudah tentu tidak akan dapat melaksanakan kemahiran yang ada dengan baik juga. Sebagai contoh, jika seseorang guru boleh mengurus kemahiran multitasking dengan cekap dan baik dengan mengambil kira prinsip-prinsip pengurusan dan kemahiran dalam multitasking, maka sudah tentu akan menghasilkan tugas yang berproduktiviti tinggi dan cemerlang dalam sesebuah organisasi. BAGAIMANA GURU MENGURUS KEMAHIRAN MULTITASKING? Adalah diyakinkan bahawa terdapat sebilangan besar guru yang mungkin berasa bangga kerana dapat melaksanakan banyak tugas dan tanggungjawab dalam masa yang sama. Di sini dikongsikan tips-tips untuk guru-guru melaksanakan multitasking agar tugas yang diagihkan dapat dilaksanakan dengan mudah, cekap dan cepat.
CONTOH KEMAHIRAN MULTITASKING YANG DIGUNAKAN DALAM PELBAGAI PROFESION
KESIMPULAN Secara amnya, mengurus kemahiran multitasking amat diperlukan dalam pekerjaan khususnya dalam era yang penuh mencabar ini. Hal ini adalah kerana pekerjaan pada zaman ini tidak kira dalam apa jenis profesion sekali pun memerlukan pekerja yang boleh mengimbangi permintaan pada satu masa dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Dengan ini, adalah diharapkan agar tips-tips yang dikongsikan di atas yang berkaitan dengan mengurus kemahiran multitasking dapat membantu guru-guru menyelesaikan sedikit sebanyak bebanan tugas yang dihadapi pada masa kini.
Rujukan:
|
Start your first discussion