Menggunakan CHATGPT bagi Tugasan Harian Guru

Menggunakan CHATGPT bagi Tugasan Harian Guru

Apabila bercerita berkaitan Kecerdasan Buatan (AI), perkara pertama yang ramai akan terfikir adalah ChatGPT, sebuat AI yang dapat membantu pengguna untuk menjawab soalan. Kaedah berkomunikasi seolah-olah berinterkasi dengan manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. 

Jika disenaraikan fungsi ChatGPT, pastinya akan panjang dan lebar. Tetapi pada asasnya, ia mampu untuk menjawab soalan, menerangkan topik, membantu mencari maklumat, menjana idea dan beri panduan dalam tatabahasa. Fungsi ChatGPT hanya terbatas oleh kreativiti para pengguna, dan mampu menjadi rakan pembelajaran yang baik. 

1. Mencipta soalan untuk pelajar

  • Membuat soalan aneka pilihan, penilaian formatif, aktiviti, terbuka
    Cadangkan [ soalan aneka pilihan / penilaian formatif / aktiviti ] bagi pelajar [ darjah / tingkatan ] untuk subjek [ subjek ] berkaitan tajuk [ tajuk ] dengan tahap kesukaran [ rendah / sederhana / tinggi ]
  • Membuat rubrik pemarkahan
    Cadangkan rubrik pemarkahan bagi pelajar [ tahun / tingkatan ] yang sedang mempelajari tajuk [ tajuk ] dalam menjalankan aktiviti [ terangkan aktiviti ] 

2. Pdpc (Pembelajaran dan Pengajaran)

  • Aktiviti sewaktu mengajar
    Apakah aktiviti menarik yang dapat dilakukan sewaktu mengajar [ darjah / tingakatan ] berkaitan tajuk [ tajuk ] agar kelas menjadi lebih menarik dan seronok
  • Aktiviti berkaitan pembelajaran berasaskan projek (PBL)
    Cadangkan contoh aktiviti pembelajaran berasaskan projek (PBL) kepada pelajar [ darjah / tingkatan ] berkaitan tajuk respirasi yang selaras dengan silibus Malaysia
  • Cara memupuk kemahiran tertentu sewaktu mengajar
    Cadangkan cara untuk memupuk [ kemahiran menyelesaikan masalah / apa-apa kemahiran ] sewaktu mengajar pelajar [ darjah / tingkatan ] tajuk [ tajuk ] 
  • Cara menerapkan pembelajaran berasaskan inkuiri di dalam kelas
    Cadangkan soalan untuk memasukkan pembelajaran berasaskan inkuiri kepada pelajar [ tingkatan / darjah ] berkaitan tajuk [ tajuk ]
  • Aktiviti bagi mencapai objektif / hasil pembelajaran
    Saya ingin pelajar untuk [ objektif / hasil pembelajaran ]. Cadangkan aktiviti yang dapat membantu pelajar mencapai sasaran ini

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson