Mengenalpasti Kanak – Kanak Yang Didera Secara Seksual

Mengenalpasti Kanak – Kanak Yang Didera Secara Seksual

Share this post

Penderaan Seksual

Penderaan seksual kanak – kanak merujuk kepada tingkah laku eksploitasi kanak – kanak untuk kepuasan seksual seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua daripada kanak – kanak tersebut (Women’s Centre for Change, 2018). Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 kanak – kanak perempuan dan 1 daripada 6 kanak – kanak lelaki akan didera secara seksual sebelum mereka berusia 18 tahun (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

Statistik polis pada tahun 2013 menunjukkan bahawa kumpulan terbesar yang melakukan sumbang mahram terhadap kanak – kanak ialah bapa kandung, diikuti oleh bapa tiri, abang, bapa saudara, sepupu, dan datuk. Pendera kebiasaannya lelaki manakala mangsa pula adalah kanak – kanak perempuan. Pun begitu, terdapat juga kes – kes yang mana pendera adalah lelaki manakala mangsa adalah kanak – kanak lelaki.  95% daripada pesalah seksual adalah dikenali oleh kanak – kanak. Manakala hanya 5% daripada mereka ialah orang yang tidak dikenali (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

 

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Yang Didera Secara Seksual

Tanda – tanada seseorang kanak – kanak itu telah mengalami penderaan seksual dapat dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu tanda fizikal, tanda psikologi, dan tanda tingkah laku. 

1. Tanda Psikologi 

     Murid yang mengalami penderaan seksual biasanya mengalami kemurungan yang dizahirkan melalui tanda – tanda psikologi seperti berikut:- 

  • Sakit kepala 
  • Sakit perut 
  • Sakit dada
  • Rasa penat 
  • Insomnia 
  • Sering menangis 
  • Histeria 
  • Takut yang tidak menentu
  • Rasa rendah diri
  • Kurang tumpuan 
  • Hilang selera makan

2. Tanda Fizikal

  • Rasa sakit pada bahagian alat sulit atau dubur
  • Bahagian alat sulit atau dubur menjadi merah atau berasa gatal
  • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar
  • Terdapat lelehan pada faraj atau zakar
  • Rasa sakit dibahagian abdomen
  • Tanda – tanda penyakit kelamin 
  • Mengandung 
  • Rasa sakit di bahagian abdomen atau sakit kerongkong

3. Tanda Tingkah Laku

  • Menghisap ibu jari 
  • Berperangai seperti kebudak – budakan 
  • Takut untuk pulang ke rumah 
  • Takut pada orang yang tertentu 
  • Prestasi di sekolah menurun
  • Penyalahgunaan arak dan dadah
  • Cubaan membunuh diri 
  • Kemurungan 
  • Melarikan diri 
  • Tidak mahu menukar pakaian semasa Pendidikan Jasmani atau tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti Pendidikan Jasmani
  • Takut pada sentuhan 
  • Kerap memegang atau meraba alat sulit sendiri atau bahagian alat sulit orang lain 
  • Kurang atau kerap mandi 
  • Tidak mempercayai orang yang baik terhadap mereka
  • Mempunyai pengetahuan tentang aktiviti seksual yang tidak bersesuaian dengan umur mereka

Guru – guru perlu mengetahui bahawa kemungkinan tanda – tanda ini bukanlah merupakan tanda penderaan seksual. Sila laporkan kerisaun anda kepada guru bimbingan dan kaunseling jika anda mencurigai akan adanya penderaan seksual terhadap seseorang kanak – kanak berdasarkan tanda – tanda yang telah diberikan di atas. Murid mungkin hanya mengalami satu tanda atau beberapa tanda yang boleh dicurigai sebagai mengalami penderaan seksual. 

 

 

Rujukan: 

  1. Women’s Centre for Change (2018). Pakej Latihan Pencegahan Penderaan Seksual Kanak – Kanak: Bijak Itu Selamat. Georgetown, Pulau Pinang: Women’s Centre for Change.
  2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2019). Kempen Keselamatan Tubuh Badan Kanak – Kanak (Body Safety Education). Georgetown, Pulau Pinang: Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 

Tag Sekolah Rendah Penderaan seksual

Reflection

Adakah anda tahu jika murid – murid anda mengalami penderaan seksual?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kanak – kanak yang didera secara seksual?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Jika anda menyedari tanda – tanda penderaan seksual berlaku pada murid – murid anda, apakah tindakan selanjutnya yang boleh anda lakukan?

Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada murid anda dan anda merasakan bahawa mereka mungkin mengalami penderaan seksual, adakah wajar anda membiarkan sahaja hal ini?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson