Mendidik Murid-Murd Tentang Virus HIV dan Penyakit AIDS

Mendidik Murid-Murd Tentang Virus HIV dan Penyakit AIDS

Share this post

Fakta Asas HIV

Murid perlu memahami mengapa dan bagaimana AIDS boleh mempengaruhi mereka, HIV/AIDS merupakan masalah kesihatan yang serius dan mengancam nyawa tanpa mengira lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV tanpa mengira umur, jantina, mahupun status ekonomi. HIV merupakan singkatan kepada Human Immuno-defeciency Virus. HIV merupakan virus yang menyebabkan AIDS. AIDS pula merujuk kepada Acquired Immune Deficiency Syndrome. Jika seseorang yang sudah dijangkiti virus HIV, sistem imun tubuh individu tersebut akan diserang dengan virus HIV yang akan membawa kepada AIDS jika tidak dirawat dan seterusnya membawa maut. Mengikut kajian, seseorang individu yang telah dijangkiti virus HIV mungkin tidak mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti virus berkenaan jika ujian darah tidak dilaksanakan. 25 hingga 50 peratus orang yang telah dijangkiti virus HIV akan mengalami AIDS dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas jangkitan jika tidak dirawat. 

  

Bagaimanakah Seseorang Boleh DIjangkiti dengan Virus HIV?

Perbuatan – perbuatan tertentu boleh menyebabkan seseorang dijangkiti HIV. Hal ini termasuklah tingkah laku seks yang tidak bertanggungjawab atau melakukan persetubuhan tanpa perlindungan (enggan memakain kondom), menyuntik dadah dengan berkongsi jarum, atau mengadakan persetubuhan dengan banyak pasangan. 

 

Permainan Mitos dan Fakta

Guru perlu mengenal pasti tahap kematangan dan usia kumpulan murid mereka sebelum menjalankan aktiviti permainan mitos dan fakta ini. Terdapat soalan yang sesuai diutarakan kepada murid sekolah rendah, namun terdapat juga soalan – soalan yang dianggap tidak sesuai untuk murid sekolah rendah. Permainan mitos dan fakta ini boleh dijalankan didalam kelas dan murid dibekalkan dengan lembaran kerja yang mengandungi permainan ini.

 
 

Pernyataan

Mitos/ Fakta

1.

Anda boleh dijangkiti HIV melalui penggunaan mangkuk tandas. 

 

2.

Wanita yang menghidap penyakit AIDS boleh merebakkan HIV kepada lelaki melalui perhubungan seks. 

 

3.

Anda boleh dijangkiti AIDS jika seorang pesakit AIDS batuk atau bersin berhampiran anda. 

 

4.

Anda boleh dijangkiti virus jika berkongsi minuman dalam gelas yang sama dengan seseorang yang telah disahkan HIV positif. 

 

5.

Orang yang melakukan perhubungan seks rambang adalah berisiko tinggi untuk mendapatkan AIDS. 

 

6.

Anda boleh dijangkiti HIV melalui jarum yang digunakan semasa suntikan atau tranfusi darah. 

 

7.

Perkongsian jarum antara penagih dadah menyumbang kepada faktor merebaknya HIV. 

 

8.

Abang dan kakak kepada seseorang pesakit AIDS biasanya juga akan dijangkiti AIDS.

 

9.

Anda boleh dijangkiti HIV jika mandi di tab mandi atau kolam renang. 

 

10.

Anda mudah dijangkiti HIV jika tidur di atas katil yang sama dengan seseorang pesakit AIDS. 

 

11.

Anda boleh menghidap AIDS dengan memeluk pesakit AIDS. 

 

12.

Bayi yang belum dilahirkan boleh dijangkiti AIDS jika salah seorang daripada ibu bapanya adalah HIV positif. 

 

13.

Hanya orang miskin dan tidak berpendidikan akan dijangkiti AIDS. 

 

14.

Serangga dalam rumah seperti kutu katil dan lipas boleh membawa virus HIV dan menjangkiti orang lain. 

 

15.

Wanita yang menghidap penyakit AIDS boleh merebakkan HIV kepada lelaki melalui perhubungan seks. 

 

16.

Anda boleh dijangkiti AIDS jika seseorang pesakit AIDS batuk atau bersin berhampiran anda. 

 
     

 

Jawapan:- 

1. Mitos 

5. Fakta 

9. Mitos 

13. Mitos 

2. Fakta 

6. Fakta 

10. Mitos 

14. Mitos 

3. Mitos 

7. Fakta 

11. Mitos 

15. Fakta 

4. Mitos 

8. Mitos 

12. Fakta 

16. Mitos 

       

 

Guru juga boleh menjalankan aktiviti ini sebagai aktiviti kelas. Guru boleh menayangkan permainan ini menggunakan projektor yang dipancarkan pada skrin dan murid sama – sama bermain permainan ini. Jika aktiviti dijalankan secara PdPr, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan. Guru boleh memindahkan permainan mitos dan fakta ini ke dalam bentuk dalam talian.

 

 

Rujukan: 

  1. Pusat Perkembangan Kurikulum (n.d.). Modul Latihan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

 

Tag Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan Pendidikan seksual

Reflection

Adakah perlu murid – murid sekolah rendah dididik dengan langkah – langkah pencegahan HIV?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Bagaimanakah virus HIV dapat menjangkiti seseorang?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Jika seseorang duduk bersebelahan dengan individu yang sudah dijangkiti dengan HIV, adakah mereka berpotensi untuk dijangkiti dengan virus berkenaan?

Adakah guru di sekolah perlu membimbing murid mengenali tentang HIV/AIDS?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson