Kesilapan yang Dilakukan oleh Guru pada Akhir Tahun

Kesilapan yang Dilakukan oleh Guru pada Akhir Tahun

1. Membiarkan pelajar mengambil alih.

Pelajar mula merasa gelisah pada akhir tahun. Dimana mereka menjadi berani dalam tindakan mereka dan yang sering membawa kepada tingkah laku yang tidak baik dan liar. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, rancangkan aktiviti yang menarik dan melakukan aktiviti dengan perkara-perkara menyeronokkan yang ingin anda ajar, tetapi jangan meletakkan piawaian, ujian, dan lain-lain.

2. Tidak menjalin hubungan.

Berikan mereka hadiah dimana pelajar yang mendapat markah tertinggi, mempunyai kelakuan yang baik dan sebagainya. Ia akan membuatkan pelajar merasa dihargai. Perbuatan ini akan memberi makna yang lebih kepada pelajar dan mereka akan rasa disayangi.

3. Terlupa untuk berseronok.

Membuat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti melakukan aktiviti padang, bersukan, membuat pertandingan seperti bermain catur, Jenga dan sebagainya. Guru juga harus menyediakan hadiah kepada pemenang. Pelajar pasti akan menantikannya sepanjang tahun, dan akan mencipta kenangan abadi yang indah yang kekal selamanya.

4. Terlupa untuk mendokumenkan.

Setiap akhir tahun adalah sangat sibuk, dimana guru harus melengkapkan fail, portfolio dan rancangan pengajaran sehingga mengakibatkan anda rasa sangat letih dan tertekan dan boleh membawa kepada terlepas pandang dalam sesuatu tugasan. Maka, untuk mengatasi masalah ini, buat nota atau peringatan dan simpan di tempat yang selamat untuk memudahkan anda merujuknya kembali.

5. Tidak membuat refleksi pembelajaran sepanjang tahun.

Beri mereka peluang untuk merenungkan semua pembelajaran mereka dari awal tahun, sama ada dari segi akademik, sosial, atau tingkah laku. Lakukan aktiviti seperti membuat poster aktiviti tahunan, membuat kuiz berkenaan pembelajaran sepanjang tahun dan sebagainya. Aktiviti ini akan mengembalikan memori dan memperkuatkan ingatan pelajar.

6. Tidak memerlukan pelajar membantu mengemas bilik darjah.

Beri tanggungjawab kepada setiap pelajar untuk membantu mengemas bilik darjah sebelum sesi persekolahan tamat pada tahun itu. Sebagai contoh membersihkan papan putih, menyusun meja, menyapu, mengelap tingkap, menyusun buku teks dan sebagainya.

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson