Kelestarian Alam Sekitar Dalam Topik Jisim

Kelestarian Alam Sekitar Dalam Topik Jisim

Share this post

Aktiviti Mengumpul Surat Khabar Lama

Kelestarian alam sekitar bermaksud bagaimana alam sekitar dapat dikekalkan dalam keadaan asalnya atau semula jadi untuk kegunaan generasi akan datang. Aktiviti mengumpul surat khabar lama boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Guru boleh meminta murid membawa surat khabar lama dari rumah masing. Aktiviti ini bukan sahaja tertakluk kepada surat khabar lama, murid boleh membawa apa – apa bahan bercetak yang boleh dikitar semula seperti kotak, risalah, kertas – kertas lama dan sebagainya. 

Guru perlu mengingatkan murid untuk membawa bahan – bahan tersebut beberapa hari sebelum aktiviti PdPc. Guru juga boleh memberitahu menerusi media sosial sama ada menerusi kumpulan Whatsapp, Telegram mahupun Facebook beberapa hari sebelum PdPc dilaksanakan. 

Membandingkan Jisim

Apabila murid membawa surat khabar lama dan bahan – bahan bercetak lain yang boleh dikitar semula, guru membimbing murid untuk mengasingkan bahan – bahan tersebut mengikut jenis – jenisnya dan diikat secara individu. Dengan menggunakan neraca penimbang, guru membimbing murid untuk menentukan jisim hasil kutipan surat khabar mereka. Labelkan dan letak pada ikatan surat khabar tersebut. Pelbagaikan bentuk bacaan jisim sama ada:

  • dalam kilogram
  • dalam kilogram dan gram 
  • dalam nombor perpuluhan 
  • dalam pecahan 

Murid seterusnya dibimbing untuk membandingkan bacaan jisim mereka. Siapa yang mempunyai jisim paling berat dan siapa yang mempunyai jisim paling ringan. 

Menambah Jisim

Aktiviti menambah jisim pula boleh dijalankan secara berpasangan dengan murid bersebelahan bagi mengurangkan pergerakan jika kelas terdiri daripada bilangan murid yang ramai. Guru membimbing murid untuk menambah jisim pada papan hitam sama ada: 

  • dalam kilogram
  • dalam kilogram dan gram 
  • dalam nombor perpuluhan 
  • dalam pecahan 

Secara rawak, guru boleh memilih mana – mana penambahan jisim yang telah dibuat dan jalan kerja dibentangkan di hadapan kelas. Guru menyemak jalan kerja penambahan jisim ini sebagai contoh kepada murid – murid lain. 

 

 

Kata Kunci: Sekolah Rendah, Jisim, Kelestarian alam sekitar

 

Tag Sekolah Rendah Kelestarian Alam Sekitar Jisim

Reflection

Bagaimanakah guru dapat menerapkan elemen kelestarian alam sekitar dalam mengajar topik jisim?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah aktiviti yang sesuai untuk mengintegrasikan elemen kelestarian alam sekitar dalam topik jisim?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Jika bilangan murid dalam sesuatu kelas adalah ramai, adakah aktiviti ini sesuai dilaksanakan?

Apakah kepentingan menerapkan elemen melestarikan alam sekitar kepada murid - murid?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson