Kaedah Projek

Kaedah Projek

Share this post

 

Kaedah projek diperkenalkan oleh Kipatrik pada tahun 1965, merupakan kaedah pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah. Kaedah ini berupaya meningkatkan minat melakukan aktiviti pembelajaran Matematik yang menarik.

Antara aktiviti yang biasa dijalankan dalam kaedah projek ini ialah kerja praktik, kajian, lawatan, dan permainan. Contohnya, setelah menguasai kemahiran mengira min, pelajar boleh diberikan projek kaji selidik yang asas dan mudah untuk mendapatkan min umur rakan-rakan dalam kelas mereka.

Apabila terdapat aktiviti yang menyeronokkan dalam perancangan, ia menyebabkan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang senang hati. Ini memungkinkan para pelajar dapat mencetuskan pelbagai idea bernas yang boleh dijadikan pengetahuan bersama. Pelajar juga dapat menimbulkan persoalan abstrak di sebalik tujuan dan objektif sebenar. Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. 

 

Antara tiga perkara yang penting semasa merancang kaedah projek ialah:

  1. Umur dan kebolehan pelajar dalam kelas; sama ada mempunyai kecerdasan yang sama atau sebaliknya. Contohnya, pelajar yang berumur 13-15 tahun, berbeza kecenderungannya dengan mereka yang berumur 16-18 tahun.
  2. Keadaan tempat di mana pelajar itu berada sama ada di kota besar, bandar, pantai atau sebaliknya. Projek yang dipilih bersesuaian dengan pelajar supaya mudah untuk mendapatkan sumber dan mampu mengoptimumkan penggunaan sumber. 
  3. Bagaimana dan di mana projek itu hendak dilaksanakan.
 

Contoh kaedah projek yang boleh dijalankan:

Tajuk : Kaji Selidik Kenderaan di Jalan Raya yang Dipilih

 

Objektif : 

  1. Pelajar dapat menyatakan dan mengukuhkan penggunaan konsep min, medium, graf dan sebagainya yang dipelajari dalam bilik darjah.
  2. Pelajar dapat menghayati dan mengaplikasi Matematik dalam kehidupan seharian.
 

Pernyataan Masalah:

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil. Pelajar dikehendaki menentukan statistik kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya yang telah ditetapkan bagi setiap kumpulan. Persembahan hasil yang didapati dengan cara yang paling mudah dan menarik.

 

Rangka Kerja (Penerangan Guru):

1.   Kaji selidik berjalan selama tiga hari selepas waktu sekolah bergantung kepada kumpulan masing-masing.

2.   Catatkan maklumat yang didapati daripada kaji selidik. Contohnya, jenis kenderaan, berapa banyak kenderaan yang lalu-lalang pada setiap satu jam dan perkara lain yang dirasakan penting.

3.   Hasil yang dibentangkan mestilah mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam statistik.

      A.   Pemerhatian

Contohnya, pelajar keluar daripada kelas mereka untuk mengira jumlah kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya yang telah ditetapkan. Mereka juga perlu mengetahui perkara-perkara yang berhubung rapat dengan kenderaan. 

      B.   Perbincangan

Proses ini berlaku antara guru dan pelajar, dan pelajar dengan rakan sekumpulan. Maklumat dikongsi bersama. Oleh demikian pelajar yang lemah dapat memperbaiki kefahaman konsep dengan bantuan daripada rakan sekumpulan. 

      C.   Menyelidik

Semasa pelajar membuat penyelidikan, mereka hendaklah menyediakan satu buku catatan khas supaya fakta-fakta yang diperoleh dapat direkod dan disimpan dengan kemas.

      D.   Membuat praktik

Pelajar menyatakan maklumat dalam bentuk gambar rajah, lukisan atau model tertentu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk mewakili sesuatu.

      E.   Membuat laporan

Pelajar dikehendaki menulis laporan hasil daripada kajian yang telah mereka jalankan.

 

Kaedah ini banyak memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dengan cara sendiri, mereka menggunakan sepenuhnya deria untuk memerhatim mentafsir, menganalisis, dan membuat rumusan. 

Dalam Matematik, kaedah ini sesuai kerana ia bersifat aktif yang mendorong daya usaha pelajar dan menolong mereka menyedari Matematik tidak hanya setakat pengetahuan abstrak.

Kelemahan kaedah projek:

  • Jika diaplikasikan kaedah ini kepada pelajar sekolah rendah yang kurang matang dan tidak pengalaman pasti hasilnya tidak memuaskan.
  • Mengakibatkan pembaziran banyak masa dan tenaga terutama dari segi perancangan dan pengurusan.
  • Pelajar yang lemah pastinya kurang berupaya mentafsir dan membuat rumusan yang tepat.
  • Pengambilan masa yang lama berbanding kaedah yang lain. 

 

 

Tag

Reflection

Pernahkah anda melibatkan diri dalam aktiviti lawatan ataupun kajian? Nyatakan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Antara berikut, yang manakah kelemahan kaedah projek?

Pada pendapat anda, mengapakah kaedah projek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson