Kaedah Penemuan

Kaedah Penemuan

Share this post

Kaedah penemuan:

  • Kaedah pengajaran yang data-data kepada para pelajar.
  • Memerlukan pelajar memproses data dan maklumat.
  • Menekankan keperluan membina konsep, serta prinsip dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah.
  • Guru merancang aktiviti sesuai supaya pelajar berupaya menjalankan aktiviti sendiri dengan cara memerhati, mecuba dan menguji.
  • Menggalakkan pelajar memainkan peranan sebagai ahli penyelidik atau penyiasat
  • Contohnya, guru menyediakan satu aktiviti Matematik dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu fakta, konsep, atau kesimpulan Matematik. Aktiviti berstruktur dan dikawal guru, atau permainan, manipulasi idea dan objek, atau perbincangan terbuka.

 

Dua jenis kaedah penemuan:

1. Penemuan tanpa struktur

  • Berlaku dalam situasi bersahaja dimana seseorang menemui sesuatu konsep atau prinsip dengan sendirinya.
  • Contohnya seseorang ahli saintis menemui sesuatu projek atau bahan.

2. Penemuan bimbingan

  • Guru mengenal pasti sesuatu maklumat, menyusun maklumat seterusnya memandu pelajar kepada tujuan dengan aktiviti soal jawab.
  • Guru tidak memberi jawapan dan kesimpulan tetapi hanya membimbing pelajar mencarinya sendiri.
 

Objektif pembelajaran penemuan:

  1. Para pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian yang aktif dan jumlah pelajar mengambil bahagian didapati meningkat.
  2. Pelajar boleh mempelajari untuk mencari rumus atau pola, sama ada dalam situasi yang melibatkan bahan konkrit ataupun abstrak serta mencadangkan maklumat tambahan tentang sesuatu data. 
  3. Pelajar boleh merumuskan secara teratur soalan-soalan dan menggunakan soalan untuk memperoleh maklumat.
  4. Membantu pelajar membina cara bekerjasama, berkongsi maklumat, dan belajar mendengar serta menggunakan pendapat rakan lain.
  5. Kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari melalui penemuan lebih bermakna kepada pelajar yang boleh diingati untuk masa yang lama. 
  6. Penemuan dalam beberapa kes lebih mudah dipindahkan kepada  aktiviti pembelajaran yang baru dan boleh diaplikasikan kepada situasi yang lain.
 

Salah satu contoh melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik ialah pengajaran berkaitan rumus perimeter segi empat tepat, iaiti 2 [panjang (p) + lebar (l)]. Pelajar dikehendaki menemui rumus itu melalui aktiviti yang disarankan oleh guru seperti:

 
  1. Para pelajar dikehendaki mengukur sempadan suatu segi empat tepat.
  2. Mencari perimeter dengan menjumlahkan ukuran kesemua sisi.
  3. Merekodkan ukuran segi empat tepat tadi ke dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Contoh Jadual untuk Merekodkan Ukuran

  4. Mengulang langkah-langkah seperti yang dinyatakan bagi segi empat dengan pelbagai sisi.
  5. Membimbing pelajar membuat perbandingan antara (p) + lebar (l) dengan perimeter berdasarkan data-data yang telah diperoleh dalam jadual.
  6. Membuat kesimpulan bahawa perimeter bagi sesebuah segi empat tepat 2(p + l).

 

Kelemahan kaedah penemuan:

  • Membuang masa (kekurangan pengetahuan dan pengalaman)
  • Kemungkinan tidak berhasil 
  • Kemungkinan mendapat kesimpulan yang terpesong
  • Kaedah ini tidak boleh digunakan dalam pelajaran yang bercorak kemahiran (menghafal sifir, operasi tambah)
  • Persediaan bahan dan merancang aktiviti untuk pelajar yang mempunyai kebolehan yang berlainan.

 

 

 

 

Tag Perimeter Kaedah Penemuan Rumus

Reflection

Dari manakah sumber utama data-data yang anda gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan jenis kaedah penemuan, kecuali:

Apakah kaedah penemuan yang pernah anda lakukan bersama pelajar anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson