Kaedah Mengurus Beban Kerja Menanda Tugasan Pelajar
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk melihat kemajuan pelajar dan memeriksa pemahaman mereka. Salah satu caranya ialah menanda hasil tugasan yang diberikan dalam memastikan mereka menguasai pelajaran tersebut serta memperbaiki kesilapan mereka.
Kadang-kala apabila anda terlalu sibuk dengan tanggungjawab lain, menjadikan tugasan pelajar yang harus ditanda terkumpul. Berikut merupakan kaedah untuk menguruskannya:
1. Memberi maklum balas / komen
Semasa menanda tugasan pelajar, anda mestilah menulis komen supaya pelajar mengetahui kesalahan yang harus diperbaiki.
Sekiranya anda memilih untuk memberi penjelasan sepanjang kerja mereka, maka pelajar boleh membaca komen anda dan mengetahui di mana kesalahan dan kelemahan tugasan mereka supaya mereka tidak membuat kesalahan yang sama pada tugasan yang lain. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk menanda satu per satu.
Selain itu, sekiranya anda memilih untuk hanya menulis komen secara ringkas pada kesalahan, maka pelajar dapat mengetahui penambahbaikan yang harus dilakukan. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan masa yang anda habiskan untuk menanda.
2. Meminta pelajar menanda
Sekiranya semasa menandakan buku pelajar, anda mendapati bahawa banyak pelajar membuat kesalahan yang sama, maka berhenti menandakan secara individu dan menangani masalah tersebut di dalam kelas bersama pelajar.
Apabila pelajar telah selesaikan menyiapkan tugasan mereka, minta pelajar anda menandakan tugasan mereka sendiri, atau tugasan rakan yang lain, dan minta pelajar menulis komen yang anda berikan supaya mereka boleh membuat penambahbaikan.
3. Jangan jadikan seperti darah yang tertumpah
Pelajar akan rasa seperti putus asa sekiranya mereka melihat hasil tugasan mereka penuh dengan komen dan contengan. Niat bagi seorang guru adalah betul, tetapi sekiranya terlalu banyak komen boleh memalukan dan menyedihkan pelajar anda. Oleh itu, pilih hanya beberapa kesalahan yang perlu diperbaiki oleh pelajar anda pada satu masa tertentu.
4.Gunakan singkatan atau cop
Mengurangkan jumlah perkataan dengan menulis singkatan semasa menanda tugasan pelajar. Sebagai contoh menulis gred hasil kerja mereka seperti A (terbaik) atau menggunakan cop sebagai maklum balas yang anda berikan.
5. Tandakan semasa waktu kelas
Ini adalah kaedah yang menjimatkan masa anda. Apabila pelajar telah diberi tugas untuk diselesaikan, gunakan masa ini dengan bijak. Dimana semasa mengelilingi kelas, sekiranya pelajar ingin menanyakan soalan, pastikan anda mengambil kesempatan ini untuk menyemak tugasan mereka dan membuat beberapa nota dan petunjuk agar mereka dapat memperbaikinya dan anda boleh terus menanda. Maka, dengan ini tidak ada buku yang perlu anda bawa pulang kerana anda telah menyemak dan menanda semasa di dalam kelas.
Kaedah dapat membantu anda menguruskan bebanan kerja untuk menanda tugasan pelajar dan dapat meringankan serta memberi keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Start your first discussion