| 
			 KAEDAH LUNYI 
			Sistem pencernaan merupakan sistem yang kompleks dalam badan manusia. Pelajar sering kali tidak dapat menyebut urutan dengan betul kerana sistem pencernaan tidak dapat diihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, kaedah Lunyi boleh diguna pakai untuk membuat murid membuat visualisasi secara ringkas secara tidak langsung dapat mengingat urutan proses pencernaan dengan betul. Kaedah Lunyi menggabungkan kecerdasan muzikal dan visualisasi yang boleh digarap sebagai serpihan kaedah didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 
			  
			Langkah 1: Salin lirik lagu  berikut 
			  
			
				
					
						| 
						 5 peringkat 
						5 peringkat 
						Sistem pencernaan (2x) 
						  
						1 dalam mulut 
						2 esofagus 
						3 perut 
						4 usus 
						5 dubur (2x) 
						 | 
					 
				
			 
			 
			  
			Langkah 2: Guru menyanyikan dahulu lagu (mengikut irama Lagu Didi and Friends; Mengantuk), kemudian diikuti oleh pelajar 
			Langkah 3: Pelajar melakar lima (5) peringkat sistem pencernaan 
			Langkah 4: Pelajar menyanyi sambil melakar urutan sistem pencernaan 
			  
			Contoh lakaran: 
			
			  
			MAKLUMAT LANJUT: 
			Tajuk lain yang sesuai diaplikasikan menggunakan kaedah ini: piramid makanan, susunan gigi, ketumpatan 
			  
			 | 
		
	
                            
                            Tag
                                                                    Sekolah Rendah
                                                                    Visualisasi Ringkas
                                                                    Muzikal
                                                            
                                                            
                                    Reflection  
                                
                                                                    
                                       Bagaimanakah cara anda memudahkan pelajar anda mengingati susunan peringkat sistem pencernaan?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                                    
                                       Senaraikan peringkat-peringkat pencernaan dengan tertib.
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                            
                                                           
                                                                    
                                        
Apakah peringkat ketiga susunan sistem pencernaan merujuk dalam teknik yang dikongsikan ini?
                                    
                                    
                                                                                                                        
                                                                    
                                         Huraikan secara ringkas teknik mengingati sistem pencernaan yang telah dikongsikan.
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long