| 
			 KAEDAH LANGAT 
			Terdapat tiga tabiat makan haiwan iaitu Herbivor, Karnivor dan Omnivor. Pelajar sering kali terkeliru dengan tiga istilah tersebut kerana mempunyai pengakhiran bunyi yang sama. Oleh itu, Kaedah Langat boleh diguna pakai untuk melatih pelajar membezakan istilah tersebut dengan membuat visualisasi secara ringkas. Kaedah ini sesuai dipraktikkan kerana pelajar boleh menggambarkan sendiri hasil lakaran mereka; “saya lakar, saya ingat”!. Kaedah Langat menggabungkan kecerdasan seni dan visualisasi yang boleh digarap sebagai serpihan kaedah didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 
			  
			Langkah 1: Guru meminta pelajar untuk menulis abjad H, K dan O 
			Langkah 2: Guru meminta pelajar untuk menambahkan elemen tumbuhan pada huruf H, elemen haiwan pada huruf K dan gabungan elemen tumbuhan dan haiwan pada huruf O 
			Langkah 3: Guru mengaitkan elemen tersebut dengan tabiat makan haiwan 
			Langkah 4: Pelajar diminta untuk melakar 
			  
			Contoh lakaran: 
			
			 | 
		
	
 
                            
                            Tag
                                                                    Pelajar
                                                                    Sekolah Rendah
                                                                    Sains
                                                                    Visualisasi Ringkas
                                                            
                                                            
                                    Reflection  
                                
                                                                    
                                       Adakah pelajar anda menghadapi masalah untuk membezakan tabiat makan haiwan?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                                    
                                       Adakah anda menggunakan kaedah tertentu untuk membantu pelajar mengingat tabiat makan haiwan?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                            
                                                           
                                                                    
                                        
Adakah anda jelas dengan kaedah yang dinyatakan?
                                    
                                    
                                                                                                                        
                                                                    
                                         Huraikan secara ringkas teknik untuk mengingati tabiat makan haiwan yang telah dikongsikan.
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long