Google Meet : Polls dan Q&A

Share this post

Polls
Polls merupakan aktiviti yang membolehkan guru membuat soalan berbentuk objektif secara langsung kepada pelajar semasa sesi PdPR.

Langkah-langkah menggunakan Polls:

  1. Taip Google Meet (meet.google.com) pada carian google.
  2. Tekan ‘New Meeting’ dan pilih ‘instant Meeting’ dimana pertama kali menggunakan Google Meet. Pastikan anda menggunakan mail DELIMA untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti ‘Breakout Rooms’, ‘Polls’ dan ‘Q&A’.
  3. Di bahagian bawah kanan pada paparan Google Meet, tekan ikon ‘Activities’ terdapat beberapa aktiviti, pilih ‘Polls’ dan kemudian tekan ‘Start a Poll’. 
  4. Paparan Polls akan muncul di bahagian kanan, maka guru boleh masukkan soalan dan pilihan jawapan. Kemudian, tekan ‘Save’
  5. Sekiranya guru ingin menambah soalan, tekan ‘Create a Polls’ dan ulangi langkah 4. Setelah selesai memasukkan soalan yang ingin diberi, tekan ‘Launch’. Maka, satu notifikasi muncul di paparan pelajar untuk menjawab solan tersebut.
  6. Sekiranya pelajar telah menjawab soalan yang diberikan, bilangan undian akan muncul di paparan guru.
  7. Sekiranya ingin menamatkan Polls, tekan ‘End The Polls’. Maka soalan tersebut tidak boleh dijawab oleh pelajar.

Q&A
Q&A ialah salah satu aktiviti yang membenarkan pelajar menanyakan soalan kepada guru semasa sesi PdPR menggunakan aplikasi Google Meet. Ia juga memudahkan guru untuk melihat dan menjawab soalan-soalan yang  ditanya oleh pelajar.

 Langkah-langkah menggunakan Q&A:

  1. Di bahagian bawah kanan pada paparan Google Meet, tekan ikon ‘Activities’ terdapat beberapa aktiviti, pilih ‘Q&A’ dan kemudian tekan ‘Turn On Q&A’.
  2. Paparan Q&A akan muncul, dimana sesi soal jawab telah dibuka kepada pelajar.
  3. Sekiranya ingin menanyakan soalan, tekan pada ‘Ask a question’, maka kotak teks akan muncul. Taip soalan yang ingin ditanya. Kemudian, tekan ‘Post’ untuk mengajukan soalan.
  4. Setelah guru menjawab soalan, tekan ikon ‘√’, ia akan bertukar warna biru menandakan soalan tersebut telah dijawab.

Tag Google Meet

Reflection

Apakah medium yang anda gunakan untuk memberi soalan kepada pelajar semasa sesi PdPR menggunakan Google Meet?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Terangkan secara ringkas apakah fungsi Polls dan Q&A dalam Google Meet?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson