Ganjaran Kepada Pelajar yang Berkesan

Ganjaran Kepada Pelajar yang Berkesan

Disebabkan belanjawan sekolah dan peruntukan guru yang terhad, guru haruslah bijak dan kreatif dalam mengendalikan kewangan yang dibelanjakan kepada pelajar. Gaji mereka yang terhad telah menyulitkan mereka untuk melakukan perbelanjaan yang berlebihan. Namun begitu, masih ramai guru yang ingin menggunakan gaji mereka demi peneguhan positif pelajarnya.

 

Pendidik yang berjaya seharusnya mengetahui bahawa ganjaran secara material atau nyata di bilik darjah adalah tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini bukan hanya kerana harganya yang mahal, tetapi ianya juga tidak mendorong kepada tahap tingkah laku yang positif berbanding dengan ganjaran bukan material.

 

Gula-gula, mainan dan pelekat mungkin dapat memberikan motivasi kepada pelajar. Walaubagaimanapun, keinginan mereka dalam menunjukkan prestasi yang cemerlang akan berkurang setelah mereka memperoleh ganjaran material yang banyak.

 

Berikan penekanan terhadap faedah yang boleh didapati daripada tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh pelajar dan berikan mereka ganjaran yang lebih bermanfaat. Guru haruslah memberitahu mereka tentang harapan yang diletakkan iaitu dengan menunjukkan tingkah laku yang baik.

 

 

1. Panggilan Telefon ke Rumah

 

Panggilan telefon ke rumah tidak semestinya hanya berbual tentang perkara negatif. Guru boleh memberitahu ibu bapa atau penjaga pelajar tentang standard tinggi yang telah ditetapkan untuk dicapai secara konsisten oleh pelajar di dalam kelas.

 

Guru juga boleh memberitahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar supaya mereka berasa dihargai atas usaha yang dilakukan. Pengiktirafan peribadi melalui panggilan telefon dapat memberikan perbezaan yang besar terhadap kehidupan pelajar dan juga memberikan kesan yang positif kepada hubungan guru dengan keluarga. Perkara ini hanya memerlukan usaha yang minimum daripada guru.

 

 

2. Melantik Pembantu Dalam Kalangan Pelajar

 

Guru perlulah mempertimbangkan untuk menerapkan sistem pembantu kelas bagi mengukuhkan lagi tingkah laku pelajar yang bertanggungjawab. Untuk melakukan perkara seperti ini, guru perlu menghubungi satu atau dua rakan kerja bagi bertanyakan tentang kemungkinan untuk membuka kelas khas kepada pelajar yang berprestasi di luar dari jangkaan yang ditetapkan.

 

Pelajar yang terpilih untuk mengikuti kelas ini berperanan untuk membantu rakan-rakan di kelas lain pada waktu tertentu. Guru yang lain boleh memberikan kerja yang mudah dan ringkas kepada pelajar kelas tersebut seperti membantu pelajar, membahagikan kertas kerja atau melakukan tugas-tugas sederhana lain yang boleh membuatkan pelajar berasa bahawa dirinya penting dan berguna. Pelajar-pelajar yang terpilih ini akan berasa berbangga dengan pengiktirafan unik yang diberikan ini.

 

 

3. Rehat Yang Lebih Lama

 

Perkara ini mudah dilakukan oleh guru dan ianya juga bermanfaat kepada pelajar. Guru haruslah memberitahu bahawa anda menyedari dan mengagumi tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar ketika setiap kali mereka memberikan usaha yang terbaik dalam pelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan memberikan masa tambahan kepada pelajar untuk berehat.

 

Pilih masa yang sesuai berdasarkan jadual yang ditetapkan untuk pelajar berehat dengan baik. Perkara ini pastinya akan membuatkan pelajar merasa bersyukur dan mereka juga berkemungkinan akan belajar dengan lebih baik setelah diberikan masa tambahan untuk berehat dengan lebih lama.

 

 

4. Lakukan Aktiviti Bawa Dari Rumah

 

Guru perlu memikirkan aktiviti yang tidak memerlukan masa dan wang mereka sendiri. Antara alternatif aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan membiarkan pelajar membawa sesuatu barang yang berharga kepada mereka dari rumah seperti buku dan mainan kecil yang tidak berbahaya. Namun begitu, guru haruslah berkomunikasi dengan pihak pentadbiran serta keluarga pelajar mengenai aktiviti ini terlebih dahulu.

 

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berasa seronok untuk membaca buku, melukis, menulis dan bermain bersama rakan mereka. Pelajar pastinya akan berkelakuan dengan baik setelah meraka berpuas hati dengan aktiviti ini sebagai ganjaran.

 

Rujukan

9 Free and Effective Classroom Rewards for Students

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson