Eksperimen Transpirasi : Transpirasi Stomata Daun

Eksperimen Transpirasi : Transpirasi Stomata Daun

Share this post

Transpirasi stomata adalah proses transpirasi yang terjadi pada stomata yang daun tumbuhan. Stomata merupakan liang-liang kecil pada daun dimana terjadinya proses transpirasi. Ketika stomata terbuka, air akan diserap oleh cahaya matahari dan menjadi wap air.

 

Stomata

 

Proses Transpirasi Stomata

 

Untuk menjalankan eksperimen ini, anda memerlukan:

  • 2 kaki retort atau barangan yang bersesuai
  • Benang
  • 4 helai daun baru dipetik yang sama saiz
  • Minyak / pelembab bibir / Vaselin
 

Langkah-langkah:

 

1. Ambil 4 helai daun yang dipetik.

2. Sapukan minyak / pelembab bibir pada hujung batang daun yang dipetik.

 

3. Pada daun pertama, sapukan minyak / pelembab bibir di seluruh daun pada permukaan depan dan belakang.

 

4. Pada daun kedua, sapukan minyak / pelembab bibir hanya pada permukaan belakang daun.

  

 

5. Pada daun ketiga, sapukan minyak / pelembab bibir pada permukaan depan daun.

 

6. Biarkan daun keempat seperti itu tanpa sapukan minyak padanya.

7. Ikat batang daun satu persatu secara memanjang pada keempat-empat daun menggunakan benang.

 

8. Gantung kedua-dua hujung benang pada kaki retort.

 

9. Biarkan daun di bawah cahaya matahari yang terang selama beberapa jam.

10. Setelah beberapa jam, perhatikan daun dan anda akan dapati bahawa beberapa helai daun kelihatan layu.

 

11. Daun pertama tidak banyak berubah dan tetap segar walaupun telah biarkan selama beberapa jam di bawah cahaya matahari.

 

12. Daun kedua juga tidak banyak berubah tetapi ia menjadi sedikit lembik.

 

13. Daun ketiga kelihatan telah layu.

 

14. Daun keempat kelihatan telah layu sehingga berkerut dan hampir kering dibandingkan dengan daun ketiga.

 

Pemerhatian dari eksperimen ini, mendapati bahawa daun yang disapukan minyak di seluruhnya tetap kelihatan segar kerana daun tersebut kurang melakukan transpirasi. Ini adalah disebabkan stomata dilindungi sepenuhnya oleh minyak dan tidak dapat bertindak sebagai medium untuk mengeluarkan air dari daun.

 

Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa transpirasi stomata adalah sumber utama transpirasi pada daun tumbuh-tumbuhan. Daun yang disapu minyak di bahagian belakang daun dapat menutupi stomata berbanding daun yang disapu minyak pada bahagian depan daun.

 

Berikut merupakan video eksperimen yang dijalankan:

Kredit : ThomasTKtungnung

 

Rujukan

Four Leaves Experiment to demonstrate Stomatal transpiration

Tag Sains Eksperimen Transpirasi Stomata

Reflection

Apakah fungsi stomata yang berada pada daun?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Selepas menjalankan eksperimen, apakah yang terjadi pada daun yang disapukan minyak di kedua-dua permukaan?

Terangkan secara ringkas, bagaimanakah proses transpirasi stomata yang berada pada daun tumbuhan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson