Ciri-Ciri dan Implikasi Konstruktivisme

Ciri-Ciri dan Implikasi Konstruktivisme

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

 

  • Menyokong pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara koperatif.
  • Menggalakkan usaha dan autonomi murid.
  • Melibatkan murid dalam situasi sebenar supaya mereka berpeluan membina pengetahuan baru dan memahaminya.
  • Kajian dan eksperimen yang dapat menggalakkan proses inkuiri murid.
  • Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mengajar sesuatu idea.
  • Mengambil kira sikap dan kepercayaan murid.
  • Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan seterusnya menjadikannya sebagai panduan merancang PdP.
  • Menggalakkan murid berdialog dan bertanya dengan rakan dan guru.
  • Menganggap PdP proses yang sama dengan hasil PdP.

 

 

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

 

  • Pengetahuan murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan, bukannya daripada PdP yang diterima secara pasif.
  • Guru mengenal pasti murid melalui pengetahuannya dan merancang kaedah pengajarannya berdasarkan pengetahuan tersebut.
  • Guru berpeluang membina pengetahuan baru kepada murid dengan menyediakan pelbagai bentuk bahan pengajaran.
  • Guru sebagai fasilitator yang membantu murid dalam menyelesaikan masalah dan membina pengetahuan yang baru dan sedia ada.
  • PdP yang berpusatkan murid.

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson