Cara Menghasilkan Google Meet Link Jadual Kelas
Sejak penularan Covid-19 menyebab guru membuat pembelajaran dan perbincangan secara dalam talian. Antara aplikasi yang sering digunakan ialah Google Meet. Walaupun pembelajaran dan perbincangan diadakan secara dalam talian, guru harus mengikut jadual untuk setiap kelas yang diajar. Adalah rumit bagi guru untuk menghasilkan link google meet sekiranya mempunyai kelas yang banyak. Maka, di dalam perkongsian ini adalah cara bagaimana guru membuat jadual dan menghasilkan link google meet dengan mudah.
- Log in akaun google, kemudian pilih Calendar.
- Tekan pada tarikh kemudian tulis tajuk, masa dan tetapan ulangan kelas.
- Tekan Add Google Meet Video Conferencing untuk menghasilkan link.
- Setelah selesai, tekan Save.
- Tekan tarikh yang anda jadualkan, kemudian tekan ikon copy conference info.
- Kemudian kongsikan link kepada pelajar anda.
0 Discussions
Start your first discussion
Loading...
Load Discussions