Cara Membina Penutup Karangan Tidak Berformat dengan Formula KPCH

Cara Membina Penutup Karangan Tidak Berformat dengan Formula KPCH

Share this post

PENDAHULUAN
Penutup ialah perenggan yang menyimpulkan segala perbincangan yang dikemukakan dalam karangan. Penutup ditulis pada bahagian akhir atau perenggan terakhir karangan. Penutup tidak perlu ditulis berjela-jela. Bilangan ayat yang optimum untuk penutup ialah tiga hingga empat ayat. Lazimnya, pelajar sukar membina penutup karangan yang ringkas dan padat. Oleh itu, formula KPCH akan membantu pelajar untuk membina penutup karangan yang kukuh.

KPCH
Formula KPCH ialah formula yang digunakan untuk membina empat ayat dalam perenggan penutup. Empat ayat ini dibina dengan menggunakan singkatan ‘K’ untuk ‘Kesimpulan’, ‘P’ untuk ‘Pandangan’, ‘C’ untuk ‘Cadangan’ dan ‘H’ untuk ‘Harapan’. Contoh di bawah merupakan rangka membina penutup karangan dengan menggunakan formula KPCH:

Ayat 1 – Kesimpulan: 
Ayat 2 – Pandangan:
Ayat 3 – Cadangan:
Ayat 4 – Harapan:

CONTOH MEMBINA PENUTUP KARANGAN

Soalan Karangan

Saban tahun, pihak polis sering menerima laporan tentang kemalangan jalan raya yang tidak berpenghujung. Keadaan ini telah membimbangkan semua pihak, terutamanya kerajaan. Oleh itu, bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya di Malaysia. 

Langkah 1: 

Pelajar dikehendaki untuk membina ayat pertama penutup dengan menggunakan singkatan ‘K’, iaitu ‘Kesimpulan’. Dalam ayat ini, pelajar harus menyimpulkan isi-isi penting karangan yang ditulis secara umum. Ayat di bawah merupakan contoh binaan ayatnya.

Ayat 1: Kesimpulannya, kemalangan jalan raya wujud daripada punca yang berbagai-bagai. 

Langkah 2: 

Pelajar dikehendaki untuk membina ayat kedua penutup dengan menggunakan singkatan ‘P’, iaitu ‘Pandangan’. Dalam ayat ini, pelajar harus memberikan pandangannya berdasarkan isi-isi penting karangan yang telah ditulis. Namun, ayat ini tidak perlu dimulakan dengan “Pada pandangan saya”. Selain itu, pandangan yang diberikan boleh bersifat positif atau negatif, bergantung kepada isi-isi penting karangan yang telah dibincangkan. Ayat di bawah merupakan contoh binaan ayatnya.

Ayat 2: Secara jelas, kemalangan jalan raya ialah kemelut yang berupaya menjadi penyumbang kepada kadar kematian di Malaysia.

Langkah 3: 

Pelajar dikehendaki untuk membina ayat ketiga penutup dengan menggunakan singkatan ‘C’, iaitu ‘Cadangan’. Dalam ayat ini, pelajar harus memberikan cadangan berdasarkan isi-isi penting karangan yang telah ditulis. Ayat di bawah merupakan contoh binaan ayatnya.

Ayat 3: Oleh itu, semua lapisan masyarakat harus menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan pemanduan dan keadaan di atas jalan raya berada dalam keadaan selamat.  

Langkah 4: 

Pelajar dikehendaki untuk membina ayat keempat penutup dengan menggunakan singkatan ‘H’, iaitu ‘Harapan’. Dalam ayat ini, pelajar harus menyatakan harapan terhadap cadangan yang diberikan dalam ayat sebelumnya. Ayat di bawah merupakan contoh binaan ayatnya.

Ayat 4: Tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap pihak berupaya menyelamatkan nyawa insan-insan yang tersayang dari terus diragut. 
 

 

 

 

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah Penutup

Reflection

Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar membina penutup karangan tidak berformat?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah pelajar sering kekurangan idea ketika membina penutup karangan tidak berformat?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah formula ini akan membantu pelajar anda menjana idea untuk membina penutup karangan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Singkatan KPCH ialah tanda yang digunakan untuk?

Loading...
Load lesson