Cabaran serta Peranan Guru dan Murid dalam Konstruktivisme

Cabaran serta Peranan Guru dan Murid dalam Konstruktivisme

Share this post

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

Apabila pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konstruktivisme dijalankan di dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah serta-merta. Terdapat beberapa perubahan dalam kelas terutamanya peranan murid dan guru serta cabaran yang mungkin dihadapi ketika PdP secara konstruktivisme.

 

CABARAN GURU

 

  • Kebanyakan guru merasakan mereka tidak mengajar.
  • Amalan yang dinaiktarafkan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.
  • Guru merasakan penerangan yang diberi mereka tidak penting bagi murid-murid lagi.
  • Kawalan kelas merosot dan terhad.
  • Guru yang menukar cara pengajaran mereka kepada kaedah/pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme dan keyakinan daripada pihak sekolah.
  • Terdapat beberapa kesusahan dan kepayahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, namun kepayahan itu harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diselesaikan oleh seorang guru.

 

 

 

PERANAN GURU

 

  • Guru perlu menggalakkan murid menerangkan idea mereka.

 

  • Guru perlu menghargai pandangan murid

 

  • Guru menstruktur PdP untuk mencabar persepsi dan pandangan murid.

 

  • Guru perlu membantu murid meyedari kerelevanan kurikulum dalam kehidupan mereka.

 

  • Guru harus mentaksir PdP melalui aktiviti harian di dalam kelas, bukan hanya dalam ujian bertulis sahaja.

 

  • Guru harus menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis dengan lebih kerap.

 

  • Guru perlu menggalakkan murid menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang jawapan yang diberikan mereka.

 

  • Guru perlu menggalakkan murid bertanyakan soalan kepada murd lain.

 

  • Guru perlu memberikan masa yang secukupnya untuk murid menjawab soalan yang dikemukakan.

 

  • Guru perlu memberikan masa yang secukupnya untuk murid mengaitkan idea-idea yang telah dijanakan.

 

  • Guru haruslah menggalakkan pembelajaran koperatif pada murid ketika menyelesaikan tugasan tertentu.

 

  • Guru harus membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat bersama huraian.

 

 

PERANAN MURID

 

  • Murid perlu mengambil langkah inisiatif untuk mengemukakan isu dan soalan. Mereka secara individu perlu membuat analisis dan menjawab soalan yang diberikan. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan boleh menyelesaikan masalah yang diberikan.

 

  • Murid perlu selalu berbincang sesama rakan dan guru mereka. Perbincangan ini akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan lagi idea-idea mereka. Murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham jika mereka berpeluang mengemukakan pendapat dan mendengar idea-idea orang lain.

 

  • Murid digalakkan untuk mencabar hipotesis yang dibuat dan berbincang untuk membuat ramalam mereka. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka ketika berada dalam perbincangan kumpulan.

 

Murid menjana idea dan pengetahuan menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif.

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Tag Guru Konstruktivisme Cabaran

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah peranan murid?

Senaraikan salah satu peranan guru dan murid dalam kelas apabila pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson