Bimbing Pelajar Untuk Menjadi Teratur
Adakah anda pernah mengalami situasi seperti meminta pelajar menyerahkan tugas tetapi kerap kali terjadi pelajar kehilangan kertas, kertas menjadi hancur dan renyuk, mereka tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan sebagainya?
Oleh itu, guru juga memainkan peranan untuk mengajar pelajar tentang kemahiran organisasi asas supaya mereka lebih menjadi teratur dan sistematik.
Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan:
1. Galakkan mereka menggunakan perancangan dengan betul dan konsisten. Minta mereka menulis setiap kerja rumah dan tarikh untuk menghantar tugasan tersebut di dalam buku nota kecil mereka.
Selain itu, anda juga boleh meminta mereka melipat halaman tugasan di alam buku latihan yang harus diselesaikan dan menulis tarikh untuk menghantar pada halaman tersebut.
2. Minta pelajar merancang masa setiap hari untuk menyelesaikan kerja rumah mereka. Sebagai contoh, apabila terdapat waktu lapang semasa di sekolah, atau mungkin sebaik sahaja mereka balik ke rumah atau selepas waktu makan malam.
3. Galakkan pelajar menyimpan kerja rumah mereka di dalam fail yang mempunyai banyak pembahagian. Dimana setiap pembahagian boleh diperuntukkan untuk subjek yang berbeza. Sebagai contoh kerja rumah yang telah siap, kerja rumah yang harus dilakukan dan sebagainya. Maka, tugasan yang disimpan di dalam fail tidak mudah hilang dan rosak.
4. Simpan salinan jadual waktu mereka di bilik tidur atau di atas meja belajar supaya mereka boleh membuat perancangan untuk keesokkan harinya. Seperti mengetahui subjek apa yang ada pada esoknya supaya mereka dapat mengutamakan tugasan yang harus disiapkan.
5. Meminta mereka mengemas beg mereka pada malam sebelumnya supaya mereka tidak tergesa-gesa di pagi harinya.
6. Pastikan pelajar anda mengambil sarapan yang sihat setiap hari.
7. Pastikan mereka membawa bekalan air botol setiap hari ke sekolah.
Oleh itu, jika anda mempunyai beberapa pelajar yang selalu terlihat tidak teratur dan terlambat ke sekolah, cuba beri mereka beberapa kaedah yang dikongsikan di atas untuk membantu mereka menyelesaikannya; siapa tahu mungkin mereka tidak pernah diajar bagaimana untuk menguruskannya.
Start your first discussion