Akronim & Teknik: Kemajuan Pengangkutan di Asia

Akronim & Teknik: Kemajuan Pengangkutan di Asia

Share this post

Dalam tajuk kemajuan pengangkutan di Asia ini, guru boleh mencadangkan kepada pelajar untuk menggunakan kata kunci atau gambar untuk memudahkan pelajar mengingatinya. 

 

Kemajuan Pengangkutan Di Asia

1) Jaringan Landasan Kereta Api Shinkansen Di Jepun

 

(Gunakan kata kunci efisien canggih, empat pulau HHSK, JNR, Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka)

 
  • Merupakan salah satu rangkaian jalan pengangkutan darat yang paling efisien dan canggih di Asia. 
  • Menghubungkan empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu melalui rangkaian jalan kereta api yang berteknologi tinggi dan maju. 
  • Sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) ini dikendalikan oleh Japanese National Railways (JNR). 
  • Melibatkan laluan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka. 
  • Jumlah perkhidmatan kereta api dalam sehari adalah sebanyak 358 perkhidmatan. 
  • Perkhidmatan kereta api ini digunakan oleh 445 000 orang penumpang pada setiap hari. 
 

Keistimewaan

  • Kereta api menepati masa yang ditetapkan
  • Menjamin keselamatan penumpang
  • Memberikan tahap keselesaan yang tinggi kepada penumpang
 

2) Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

 

(Gunakan kata kunci terbesar moden masyhur, sibuk Dubai Airports, tiga terminal, hab penerbangan terbesar di Asia Barat)

 
  • Lapangan terbang ini terletak di Metropolis Dubai yang merupakan sebuah metropolis yang terbesar, moden dan termasyhur di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 
  • Merupakan lapangan terbang yang termoden dan paling sibuk di dunia dan diuruskan oleh Dubai Airports
  • Terdiri daripada tiga terminal yang berkemampuan menampung kapasiti sebanyak 90 juta penumpang setahun. 
  • Dubai merupakan hab penerbangan yang terbesar di Asia Barat (ketiga terbesar di dunia selepas Beijing dan Atlanta).
 

Keistimewaan

  • Merupakan lapangan terbang yang mempunyai suasana meriah, restoran tebaik, kawasan membeli-belah dan juga salah satu tempat tarikan pelancongan yang menarik di Dubai.
  • Pusat penerbangan yang berperanan masyarakat dunia dalam kalangan ekspotriat
  • Lapangan terbang yang terkenal sehingga terdapat siri dokumentari, Ultimate Airport Dubai
  • Mempunyai terminal 3 yang dikhaskan hanya untuk syarikat penerbangan Emirates.
 

3) Pelabuhan Hong Kong

 

(Menggunakan kata kunci strategik sibuk masyhur, Jabatan Marin HK, laluan perdagangan dunia, meningkatkan darjah ketersampaian)

 
  • Berkedudukan strategik di Laut China Selatan kerana terlindung secara semula jadi. Antara pelabuhan yang paling sibuk, masyhur dan penting kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Timur disebabkan dasar laut yang dalam.
  • Jabatan Marin Hong Kong bertanggungjawab mengawal aktiviti perkapalan kargo dan kontena secara menyeluruh, menjaga keselamatan pengemudian kapal, menjalankan rondaan di pelabuhan dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa yang ketat. 
  • Pelabuhan yang menjadi pemangkin pembangunan dan kemakmuran Hong Kong kerana terletak pada kedudukan laluan perdagangan dunia. 
  • Pelabuhan ini telah mengendalikan 19.8 juta kontena dan 370 990 buah kapal perdagangan yang berlabuh dan berlepas di pelabuhan pada tahun 2016. 
  • Meningkatkan darjah ketersampaian di Hong Kong yang melibatkan mobiliti penumpang sebanyak 24.91 juta orang.
 

Keistimewaan

  • Merupakan pintu masuk ke negara China
  • Mengenakan duti pelabuhan yang rendah
  • Proses pemunggahan kontena dan kargo hanya mengambil masa 10 jam secara purata dan merupakan antara yang terpantas di dunia

 

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Pelabuhan

Reflection

Senaraikan satu (1) jaringan landasan kereta api yang terdapat di Asia.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Nyatakan dua (2) ciri-ciri pelabuhan Hong Kong.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang jaringan kereta api Shinkansen di Jepun, kecuali

Loading...
Load lesson