Akronim & Teknik: Jenis Pengangkutan di Asia

Akronim & Teknik: Jenis Pengangkutan di Asia

Share this post

Akronim digunakan untuk tajuk ini bagi memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara mudah dan senang untuk dihafal. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama.

1) Pengangkutan Darat – Hampir keseluruhan negara di Asia mempunyai landasan kereta api.

 

(Menggunakan akronim - Ibu Tini Suka Kuah Bakso)

 
  • Landasan Kereta Api India (I-Ibu)
    • Mempunyai jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia
    • Panjang: 66,687km
 
  • Landasan Kereta Api Trans-Siberian (T-Tini)
    • Dibina dari Moscow hingga Vladivostok
    • Panjang: 9,288km
 
  • Landasan Kereta Api Shinkansen (S-Suka)
    • Mempunyai pengangkutan kereta api yang berkelajuan tinggi (bullet train) paling cekap dan efisien di Jepun
    • Kelajuan: 320km/j
 
  • Kereta Api Berkelajuan Tinggi Di Korea Selatan (K-Kuah)
    • Panjang: Suseo (61.1km), Wonju-Gangneung (120.7km), Gyeongbu (417.4km), Honam (182.3km)
    • Kelajuan: 350km/j
 
  • Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai (BK-Bakso)
    • Masa perjalanan dari Beijing ke Shanghai dapat dipendekkan
    • Kelajuan 250 km/j – 300 km/j
 

2) Pengangkutan Udara – Antara pintu masuk utama ke sesebuah negara

 

(Menggunakan akronim – Daniel Dan Kamil Cerita Tentang Hantu Cina)

 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Moscow (D-Daniel)
    • Salah satu hab penerbangan terbesar di Rusia yang mampu mengendalikan 28.5 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (D-Dan)
    • Merupakan lapangan terbang yang tersibuk di dunia dan mengendalikan 83.6 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (K-Kamil)
    • Salah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara yang mampu mengendalikan 52.6 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu (C-Cerita)
    • Merupakan hab penerbangan terbesar di China yang mengendalikan 46.0 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (T-Tentang)
    • Salah satu daripada dua lapangan terbang utama di Greator Tokyo dan mengendalikan lebih daripada 80 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (H-Hantu)
    • Antara lapangan terbang yang unik di Asia kerana tapaknya wujud akibat penambakan laut dan berkemampuan untuk mengendalikan 70.5 juta penumpang (2016)
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (C-Cina)
    • Merupakan lapangan terbang terbaik di dunia dan berkeupayaan untuk mengendalikan 58.7 juta penumpang (2016)
 

3) Pengangkutan Air

 

(Menggunakan akronim – John Tengah Hantar Surat)

 
  • Pelabuhan Jawaharlal (J-John)
    • Merupakan tempat pelabuhan kontena tebesar yang mengendalikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah kontena di pelabuhan-pelabuhan utama di India
 
  • Pelabuhan Tokyo (T-Tengah)
    • Mengendalikan barangan runcit, makanan, ketas, bahan binaan dan sebagainya untuk keperluan penduduk dan industri setempat.
 
  • Pelabuhan Hong Kong (H-Hantar)
    • Pelabuhan yang paling sibuk di dunia dan ianya merupakan pelabuhan yang terlindung daripada berlakunya bencana alam, efisien dan sistematik.
 
  • Pelabuhan Singapura (S-Surat)
    • Berkemampuan untuk menampung kira-kira 1,000 kapal kontena pada satu-satu masa

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

 

Tag

Reflection

Apakah tiga jenis pengangkutan utama di Asia?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Landasan kereta api manakah yang mempunyai jaringan landasan terbanyak di dunia?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan pelabuhan jenis pengangkutan air, kecuali

Loading...
Load lesson