Akronim & Teknik: Alat Telekomunikasi di Malaysia

Akronim & Teknik: Alat Telekomunikasi di Malaysia

Share this post

Alat Telekomunikasi – perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud sangat jauh manakala komunikasi merupakan proses untuk menghantar informasi.

Dalam tajuk ini, guru boleh menggunakan gambar atau menggunakan akronim bagi memudahkan pelajar untuk menghafal jenis-jenis alat telekomunikasi. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama.

(Menggunakan akronim TTMMTT atau 2T2M2T)

  • T-Telegraf

Pada tahun 1876, pihak British telah memperkenalkan alat telekomunikasi ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran di Tanah Melayu

 

  • T-Telefon

Pada tahun 1891, masyarakat di Tanah Melayu mula menggunakan telefon talian tetap dan ianya menjadi sangat penting kerana permintaan meningkat dengan ketara.

 

  • M-Mesin Teleks

Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi sebagai pengirim pesanan dalam bentuk teks.

 

  • M-Mesin Faks

Alat ini digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian telefon.

 

  • T-Telefon Bimbit

Dikenali juga sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar. Alat ini mula dipekenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an

 

  • T-Telefon Pintar

Telefon pintar merangkumi perisian komputer GPS, kamera digital, bluetooth, Internet dan juga aplikasi media sosial.
 

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Telegraf Telefon Mesin

Reflection

Berikan contoh alat telekomunikasi yang anda tahu.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Senaraikan kemudahan yang disediakan oleh telefon pintar?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut mempunyai kemudahan untuk memindahkan salinan dokumen?

Loading...
Load lesson