Akronim Menghafal Kedudukan Planet dalam Sistem Suria

Akronim Menghafal Kedudukan Planet dalam Sistem Suria

 

A.   PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

 
  • Planet Utarid
    • Paling dekat dengan Matahari.
    • Planet terkecil dalam sistem suria.
    • Permukaan Utarid lebih kurang kurang sama dengan permukaan bulan, dengan kawah-kawan asteroid dan tebing yang berpuluh-puluh kilometer tingginya. 
    • Disebabkan ketiadaan atmosfrea, cahaya tidak daoat diserakkan. Akibatnya, lagit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas.
 
  • Planet Zuhrah
    • Planet kedua terdekat dengan Matahari.
    • Juga dikenali sebagai planet 'rumah hijau' kerana kandungan karbon diaksida yang tinggi di dalam atmosferanya.
    • Juga berputar dari timur ke barat, berbeza dengan Bumi dan planet lain (barat ke timur). 
    • Saiz dan usia Zuhrah sama dengan Bumi.
 
  • Planet Bumi
    • Planet ketiga dari Matahari
    • Merupakan satu-satunya temoat di alam semesta yang dihuni makhluk hiduo.
    • Mempunyai lapisan udara (atmosfera) yang melindungi permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultraungu berbahaya dan radiasi dari angkasa lepas.
    • Lebih 71% kawasan diliputi air dan 29% terdiri daripada daratan.
 
  • Planet Marikh
    • Planet keempat yang juga dikenali Planet Merah.
    • Mempunyai dua bulan, iaitu Phobos dan Demos.
    • Hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan 10% jisim Bumi
    • Kawasan yang lebih cerah dilitupi oleh debu dan pasir kemerahan, manakala kawasan kutub mengandungi ais beku dan karbon dioksida.
 
  • Planet Musytari
    • Planet kelima dari Matahari dan juga planet terbesar
    • Jisimnya hampir 320 kali ganda daripada jisim Bumi dan mempunyai jisim dua kali ganda daripada jumlah jisim kesemua planet dalam sistem suria. 
    • Dikatakan sebagai pelindung kepada Bumi, iaitu mampu memesongkan objek besar daripada melanggar Bumi dengan daya graviti yang sangat kuat.
 
  • Planet Zuhal
    • Planet keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar.
    • Dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
    • Mempunyai sistem gelang atau cecincin yang terdiri daripada ais dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.
    • Sebanyak 62 bulan yang ditemukan setakat ini.
 
  • Planet Uranus
    • Planet ketujuh dari Matahari
    • Unsur pertama di bahagian dalam Uranus ialah ais dan batu. 
    • Merupakan planet ketiga terbesar.
    • Mempunyai sistem cecincin seperti Zuhal tetapi nipis dan gelap.
    • Mempunyai banyak bulan.
    • Merupakan planet yang unik kerana paksi putarannya condong ke sisi, hampir selari dengan orbitnya mengelilingi Matahari. 
    • Mengambil masa 84 tahun (waktu Bumi) untuk mengelilingi Matahari. 
 
  • Planet Neptun
    • Planet kelapan dari Matahari.
    • Juga dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
    • Mengambil masa 165 tahun (waktu Bumi) untuk mengelilingi Matahari.
 

(Dipetik daripada Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM)

 

B.   AKRONIM: CARA MENGHAFAL KEDUDUKAN PLANET 

 

Cara menghafal kedudukan Planet daripada Matahari adalah dengan menggunakan akronim, iaitu dengan menggunakan huruf awal bagi mengingati sesuatu perkara.

 

 

 

Rujukan:

Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson