Kemuliaan Berdikari

 
9  Kemuliaan Berdikari
Baca hadis dengan betul
 
Konsep berdikari
  • Berdikari bermaksud berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain
  1. Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal
  2. Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan kemuliaan diri
  3. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan
 
Kelebihan berdikari
  • Agama

        - Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin                      berusaha

  • Ekonomi

        - Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal

  •   Pendidikan

        - Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui                    penerokaan ilmu dan kemahiran

  • Kemasyarakatan

        - Memperkasakan daya saing masyarakat untuk                                      mempertingkatkan taraf kehidupan

 
Pengajaran hadis
  • Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit
  • Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik
  • Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan agar hidup dirahmati