|
Diftong dan Digraf memberi pengaruh kepada sebutan dan ejaan. |
|
- Diftong bermaksud dua huruf vokal yang disebut dalam satu perkataan.
- Dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
- Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua.
- Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih kuat berbanding bunyi yang kedua.
- Contoh tiga jenis Diftong:
Diftong |
Contoh |
ai |
gulai, balai, tapai, tembikai |
au |
aurat, saudara, harimau, wau |
oi |
boikot, sekoi, koboi, kaloi |
|
|
|
- Digraf ialah dua huruf konsonan yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan.
- Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap.
- Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
Digraf |
Contoh |
ng |
nganga, bunga, singa |
ny |
nyamuk, nyanyi, nyala |
kh |
khabar, khas, khamis |
sy |
syampu, syabas, syarikat |
gh |
ghazal, ghairah, ghaib |
|
|