- Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.
- Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
- Kata Ganti Nama Diri Pertama
- Kata Ganti Nama Diri Kedua
- Kata Ganti Nama Diri Ketiga

|
|
3.1 |
Kata Ganti Nama Diri Pertama |
- Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
- Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Kata Ganti Nama Diri Pertama |
Penggunaan |
Aku |
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan. |
Saya |
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi. |
Hamba |
Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu. |
Patik |
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. |
Beta |
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. |
Kami |
Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. |
Kita |
Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua. |
|
|
|
3.2 |
Kata Ganti Nama Diri Kedua |
|
|
- Kata Ganti Diri Kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
- Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua:
Kata Ganti Nama Diri Kedua |
Penggunaan |
Anda |
Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita. |
Awak |
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
Engkau |
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan Tuhan juga. |
Tuanku |
Digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja. |
Kalian |
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. |
Kamu |
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
|
|
3.3 |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga |
|
|
-
Kata Ganti Diri Ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
- Contoh Kata Ganti Diri Ketiga:
Kata Ganti Diri Ketiga |
Penggunaan |
Baginda |
Digunakan untuk raja dan sultan. |
Beliau |
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibubapa, guru atau pemimpin. |
Dia & Ia |
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. |
Mereka |
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang. |
|
|