Sejarah Pembentukan |
- Dibentuk ekoran peristiwa 13 Mei 1969
- Rukun Negara hasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAGERAN) yang dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970
- Telah diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970
- Lima jalur - Lima prinsip Rukun Negara.
- Bulan dan bintang - Prinsip kepercayaan kepada Tuhan.
- Tengkolok berkerawang bintang dan bulan - Simbol prinsip kesetiaan kepada raja dan negara & prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
- Angka 50 - Sambutan ulang tahun Rukun Negara.
- Warna biru - Amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan.
|
|
Matlamat ke Arah Kesejahteraan |
- Negara Bersatu
- Masyarakat Demokratik
- Masyarakat Adil
- Masyarakat Liberal
- Masyarakat Progresif
|
Prinsip Rukun Negara |
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Menunjukkan agama menjadi panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Menjelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan
- Keluhuran Perlembagaan
- Membawa maksud ketertinggian dan juga keagungan perlembagaan atau undang-undang
- Kedaulatan Undang-Undang
- Menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
- Memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia
|