Sejarah Pembentukan |
- Digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.
- Dianggap sebagai Kongres Rakyat 1956.
- Dirasmikan oleh Tun Abdul Razak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
- Dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
|
Prinsip Utama |
- Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang DKK.
- Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting.
- Islam jadi unsur penting dalam pembentukan DKK.
|
Matlamat Pembentukan |
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
- Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
|
Agensi Pelaksana |
- Melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan.
- Dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Majlis Kebudayaan Negeri, Istana Budaya serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
|
Citawarna Malaysia |
- Dianjurkan pada tahun 1999 untuk mempromosikan pelancongan.
- Antara program yang diadakan memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia.
- Diadakan pada bulan Mei setiap tahun.
|
Penggiat Budaya |
- Melahirkan ramai tokoh.
- Tokoh ini berikan sumbangan yang besar kepada proses membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa.
- Menggalakkan penghasilan karya seni tempatan yang bermutu tinggi dan memartabatkan khazanah asli negara.
|