|
5.5 |
Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia |
|
|
Pengenalan |
- Perjanjian Julai 1963 turut dikenali sebagai Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
- Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.
- Kandungan perjanjian ini adalah seperti yang dikemukakan oleh JAK.
- Prinsip utama perjanjian ini mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri di dalam Malaysia.
|
|
|
 |
|
Inti Pati Perjanjian Malaysia |
- 31 Ogos 1963 merupakan tarikh pembentukan Malaysia.
- Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu.
- Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia.
- Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri.
- Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan kepada Sarawak dan Sabah.
- Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi; Sarawak 24 kerusi; dan Sabah 16 kerusi.
- Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
|
|
|
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) |
- Indonesia bantah pembentukan Malaysia di PBB.
- Jadi United Nations Malaysia Mission ditubuhkan pada 12 Ogos 1963 untuk menilai dan membuat laporan.
- Pembentukan Malaysia ditangguhkan ke 14 September 1963 kerana laporan tak sempat disiapkan.
|
|