Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) |
- Ogos 1962 - Penubuhan Inter-Governmental Committee / Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
- Diwakili kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
- Bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
- Pengerusi - Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan
- Timbalan pengerusi - Tun Abdul Razak
- Wakil Sarawak - Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin
- Wakil Sabah - Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha kewangan, Datu Mustapha, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew
- JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:
- Perlembagaan
- Kewangan
- Perkhidmatan Awam
- Perundangan dan Kehakiman
- Organisasi Jabatan
- Mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah pada 31 Ogos 1962.
- Mesyuarat terakhir di Kuala Lumpur pada 18-20 September 1962.
|
|