|
Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara |
Pengurusan Taman Negara |
- Pengurusan hidupan liar dan taman negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Negeri
- Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972(Akta 76) diwujudkan pada tahun 1972
- Pada tahun 2010, Akta 76 diganti dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
- Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua PERHILITAN Semenanjung Malaysia
- Pengurusan Sarawak - Perbadanan Perhutanan Sarawak
- Pengurusan Sabah - Jabatan Hidupan Liar Sabah
|
Pengurusan Taman Laut |
- Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut.
- Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau.
- Pada tahun 2007, Jabatan Taman Laut Malaysia ditubuhkan.
- Pada tahun 2018, pengurusan taman laut dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia.
- Perairan Sabah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui agensinya, iaitu Taman-Taman Sabah.
|
|
|
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat |
Perumahan Awal Kemerdekaan |
- Menyediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar.
- Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964 untuk menggiatkan usaha menyediakan perumahan kos rendah.
- Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah.
|
Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan |
- Kerajaan Persekutuan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun 1997 untuk membina perumahan awam di seluruh negara.
- Kerajaan Negeri tubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak untuk membina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah.
- Juga memperkenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).
|
Perumahan Mampu Milik |
- Program peringkat Persekutuan
- Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
- Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Program peringkat negeri
- Rumah Selangorku
- Rumah Mampu Milik Johor
|
|
|
Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara |
Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang di Sarawak |
- Dengan ancaman komunis Tun Abdul Razak Hussein (Pengerusi Majlis Keselamatan Negara) isytihar Bahagian ke 3 sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) / Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972.
- Ketua Menteri Sarawak - Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM.
- Bertanggungjawab menyelaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM.
|
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah |
- Menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013.
- Misi ESSCOM - meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan.
|
|
|