Ciri Tradisional |
Penjelasan |
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja |
- Sultan sebagai pemerintah berdaulat dan berkuasa penuh.
- Selepas merdeka, disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen.
- Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara.
- Peringkat negeri, Sultan merupakan ketua negeri.
|
Agama Islam |
- Selepas merdeka, agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja negeri masing-masing.
- Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja, perkara ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
|
Bahasa Melayu |
- Bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Menjadi lingua franca dan bahasa ilmu.
- Kini menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.
|
Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera |
- Sebelum merdeka, di bawah kuasa raja dan ketua peribumi.
- Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain.
|