Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia |
Persekutuan 1896 |
- Berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai NNMB.
- Tidak mempunyai agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral.
|
|
\(\downarrow\) |
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 |
- Majlis ini distruktur semula pada 1927.
- Untuk memperkemas tadbir urus Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu.
|
|
\(\downarrow\) |
Kesatuan Malaya 1946
(Malayan Union)
|
- Pada 1946, Kesatuan Malaya 1946 atau Malayan Union.
- Kesatuan dibawah Malayan Union turut membayangkan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British.
- Gagal diteruskan setelah mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
|
|
\(\downarrow \) |
Persekutuan Tanah Melayu 1948 |
- Gabungan 9 negeri Melayu dan 2 NNS yang dikenali Persekutuan Tanah Melayu.
- Menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Pesuruhjaya Tinggi British dilantik sebagai ketua Persekutuan.
- Raja-raja Melayu memerintah negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
|
|
\(\downarrow\) |
Persekutuan Tanah Melayu 1957 |
- Muncul pada 31 Ogos 1957.
- Mewujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara yang berdaulat.
- Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan.
- Diperkukuh dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
|
|
\(\downarrow\) |
Persekutuan Malaysia 1963 |
- Pada 16 September 1963, lahir sebuah Persekutuan yang terdiri 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura serta Sarawak dan Sabah.
- Persekutuan ini dinamakan Malaysia.
|
|