Asas Pembentukan Perlembagaan |
Undang-undang Negeri Melayu |
- Raja sebagai pemerintah.
- Rakyat memberi ketaatsetiaan.
- Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
- Undang-undang yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu termasuklah Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang 99 Perak.
- Sebelum kedatangan kuasa barat, negara kita mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang menjadi panduan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara.
|
- British memperkenalkan undang -undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice.
- Diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
- Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS sahaja diguna pakai.
- Sarawak - Di Sarawak pula terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England.
- Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak beri kuasa pada badan Council Negri (Majlis Negeri) terdiri 45 ahli dan pengerusi Ketua Setiausaha.
- Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor, anggota lain Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan, Peguam Negara Perlembagaan Sarawak tahun 1959 beri kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri.
- Sabah - Di Sabah terdapat undang-undang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951.
- Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuh pada 1950.
- Majlis Undangan beri kuasa pada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.
|
|