Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat |
- Memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
- Dasar pentadbiran negara dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
- Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
- Diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
|
- Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha diambil untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
- Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan.
|
- Negara melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan agar mereka dapat bagi sumbangan untuk pembangunan negara.
- Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan.
|
Kecemerlangan Hubungan Luar Negara |
- Dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara kita.
- Dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
- Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
- Dapat meningkatkan imej negara.
|