Ciri Negara yang Berdaulat |
- Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi.
- Pemerintahan dijalankan secara teratur.
- Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
- Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.
- Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.
|
- Sempadan - garis pemisah antara negeri atau negara.
- Malaysia kongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
- Memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara kita.
|
- Merupakan asas peraturan negara.
- Memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat.
- Asas kepada sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
- Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita.
|
- Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.
- Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam.
- Disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama.
|