Berjual Beli dengan Berhemah 

6.2 Berjual Beli dengan Berhemah 
 
Definisi Jual Beli

Akad pemilikan harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek harta atau manfaat.

Dalil Naqli

 ..وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ..

(Surah Al-Baqarah 275: 2) 

Maksudnya:"..Padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.."

Hukum Berjual Beli
  • Harus selagi memenuhi syarat-syarat jual beli yang ditetapkan serta tidak melibatkan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
 
Adab Penjual
  • Mesra dan mudah senyum.
  • Jujur, berterus terang serta tidak menipu dalam timbangan dan sukatan.
  • Menjual barang yang halal dan berkualiti serta tidak menjual barang yang haram.
  • Mengucap terima kasih setelah selesai berurusan jual beli.
  • Sabar dan bertolak ansur dengan pelanggan.
  • Tidak memonopoli barang untuk dijual dengan harga yang tinggi.
  • Mengelakkan elemen riba.
 
Adab Pembeli
  • Berkomunikasi secara baik.
  • Tidak membeli barang yang haram.
  • Menyenangkan urusan penjual.
  • Tenang dan tidak banyak kerenah.
  • Sabar menunggu giliran ketika membeli.
  • Berterima kasih setelah selesai urusan jual beli.
  • Mengelakkan pembaziran.
  • Bertimbang rasa, terutama ketika kekurangan stok barangan.
 
Imej ini menunjukkan tiga prinsip yang dicontohi daripada Rasulullah SAW dalam berjual beli. Tiga prinsip tersebut ialah: 1. Bertolak ansur 2. Jujur dan amanah 3. Menunaikan hak orang lain dengan sempurna Imej juga menunjukkan seorang individu sedang menolak troli membeli-belah. Terdapat beberapa ikon bintang dan elemen grafik lain yang menghiasi latar belakang imej.
 
Kepentingan Beradab Ketika Berjual Beli
Individu
  • Mendapat pahala dan keredaan Allah SWT.
  • Pembeli dan penjual berpuas hati dan gembira.
  • Keberkatan hidup terpelihara.
Masyarakat
  • Imej Islam akan terjaga.
  • Hidup aman damai dan sejahtera.
  • Menghindarkan pergaduhan dan ketidakpuasan hati.
Negara
  • Negara akan sentiasa dalam keadaan harmoni.
  • Menjaga kestabilan ekonomi negara.
  • Memelihara imej negara pada pandangan negara luar.
 
Adab-Adab Ketika Berjual Beli
Di Kantin atau di Kedai Makan
  • Penjual
    • Sabar dan mesra melayan pelanggan.
    • Menyediakan makanan halal, bersih dan berkhasiat.
  • Pembeli
    • Beratur dengan tertib dan sentiasa berhati-hati.
    • Tidak mengambil masa yang lama memilih makanan dan minuman.
Di Pasar Jualan
  • Penjual
    • Jujur dan tidak menipu dalam timbangan.
    • Tidak mengambil untung yang keterlaluan.
  • Pembeli
    • Memberikan laluan ketika selesai membeli.
    • Mencari dan memilih barangan yang baik dan halal sahaja.
Di Kedai Barangan Harian
  • Penjual
    • Tidak memonopoli barangan tertentu untuk mengaut keuntungan yang melampau.
    • Mempamerkan barangan mengikut kategori berserta tanda harga untuk kemudahan pembeli.
  • Pembeli
    • Tidak merosakkan barangan yang dipamerkan.
    • Menghormati penjual dan pembeli lain.