06: Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif

6 Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif
 
DEFINISI KATA KERJA

Merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

 

Kata Kerja Transitif

 
 
DEFINISI
 Segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
 

Kata kerja transitif boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

Imbuhan Contoh
meN-...   mencangkul, menebang, memukul
meN-...-I  menjalani, menghadiahi, menghadapi
meN-...-kan menjalani, menghadiahi, menghadapi
memper-...  memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri
memper-...-i memperdengari, memperingati
memper-...-kan mempertingkatkan, mempertunjukkan
 

Contoh-contoh ayat:

  • Kucing itu menangkap seekor burung.
Subjek Kata kerja transitif Penyambut (objek)
Kucing menangkap seekor burung
 
  • Perempuan itu menjual sayur.
Subjek Kata kerja transitif Penyambut (objek)
Perempuan menjual sayur
 
  • Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
Subjek Kata kerja transitif Penyambut (objek)
Pekerja-pekerja memperlebar jalan raya
 

Contoh-contoh ayat aktif transitif ditukarkan menjadi ayat pasif:

Ayat aktif Ayat pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air. Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.  Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori. Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
 

Kata Kerja Tak Transitif

 
 
DEFINISI
kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
 
Kata kerja tak transitif boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
Imbuhan Contoh
Tanpa imbuhan  pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik
meN-… mengalir, meletup, menangis, membisu
ber-… berbicara, bercadang, berbincang, berkereta
ter-…  terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
ber-…-an berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan
ber-…-kan berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan
 

Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap.

Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek.

Contohnya:

 
Subjek Kata kerja tak transitif Pelengkap ayat

 Kami

 Dia

Air sungai

 mandi

senyum

 beransur

di sungai

semasa berjalan

surut

 

Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut (objek) mahupun pelengkap.

Kata kerja ini selalunya berada di hujung ayat.

Contohnya:

 
Subjek Kata kerja tak transitif

 Rumahnya

 Radio itu

Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula

 roboh

berbunyi

 berkibar