Kata Kerja

 
  • Kata Kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
  • Kata Kerja terbahagi kepada:
    • Kata Kerja Transitif  (Perbuatan Melampau)
    • Kata Kerja Tak Transitif (Perbuatan tidak Melampau)
    • Kata Kerja Pasif
 
3.1  Kata Kerja Transitif

 

  • Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
  • Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).
  • Ayat ini mesti ada peyambutnya (objek)
  • Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
  • Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
    • Contohnya: Daud mendengar radio.

    • Mendengar ialah Kata Kerja Transitif.

    • Radio ialah Objek. (Kata Nama)

  • Kata Kerja Transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
    • Contohnya: Kucing itu menangkap seekor burung.

    • Dalam ayat ini kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

       

Subjek (Pelaku) Kata Kerja Transitif Penyambut (Objek)
 Dia suka  membaca  buku
 Raisa  memukul  seekor ulat
 Zuhairi  menjual  kayu

 

 
3.2  Kata Kerja Tak Transitif
 
  • Kata Kerja Tak Transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
  • Oleh itu, ia tidak mempunyai penyambut.
  • Kata Kerja Tak Transitif ialah Kata Kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
  • Kata Kerja Tak Transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.
  • Contohnya: Mereka berjalan pada hari cuti.
  • Dalam ayat ini Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

 

Subjek/Pelaku Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
 Kami  mandi  di dalam kolam
 Dia  senyum  semasa berjalan
 Kamarul  berjalan  ke sekolah

 

3.3  Kata Kerja Pasif
  • Kata Kerja Pasif ialah kata kerja yang berasal daripada Kata Kerja Transitif tetapi yang tidak berawalan.
    • Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
  • Ada tiga jenis Kata Kerja Pasif iaitu: 
    • Kata Kerja Pasif Diri Pertama
    • Kata Kerja Pasif Diri Kedua
    • Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
  • Kata Kerja Pasif Diri Pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
    • Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
  • Kata Kerja Pasif Diri Kedua ialah yang berimbuhan ka-.
    • Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
  • Kata Kerja Pasif Diri Ketiga ialah yang berimbuhan di-.
    • Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan