Kata Ganda

 
  • Kata ganda ialah proses pengulangan perkataan.
  • Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
  • Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
  • Penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu : 
    • Penggandaan penuh
    • Penggandaan separa
    • Penggandaan berentak
 
11.1  Kata Ganda Seluruh
 
  • Penggandaan penuh merupakan suatu proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak.
  • Penggandaan penuh terbahagi kepada dua iaitu : 
    • Penggandaan penuh kata tunggal
    • Penggandaan penuh kata berimbuhan
  • Contoh penggandaan penuh kata tunggal iaitu: 
Penggandaan Kata Tunggal
 Meja-meja
Sekolah-sekolah
Budak-budak

 

  • Contoh penggandaan penuh kata berimbuhan iaitu: 
Dengan Awalan Dengan Akhiran Dengan Apitan
Pelatih-pelatih Jualan-jualan Persatuan-persatuan
Pekedai-pekedai Amalan-amalan Permainan-permainan

 

 
11.2  Kata Ganda Separa
 
  • Penggandaan separa merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
  • Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
  • Penggandaan separa terbahagi kepada dua iaitu : 
    • Penggandaan separa kata tunggal
    • Penggandaan separa kata berimbuhan
  • Contoh penggandaan separa kata tunggal iaitu: 
Kata Dasar Kata Ganda Separa
Gelang Gegelang
Pohon Pepohon
Tikus Tetikus
Siku Sesiku

 

  • Contoh penggandaan separa kata berimbuhan iaitu: 
Awalan Akhiran Apitan
Berlari-lari Jadi-jadian Bersalam-salaman
Sepandai-pandai Risik-risikkan Kekuning-kuningan

 

 
11.3  Kata Ganda Berentak
 
  • Kata ganda berentak merupakansuatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
  • Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
  • Contoh kata ganda berentak adalah :
Jenis  Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Pengulangan Vokal Sayur-mayur Cerai-berai Hiruk-pikuk
Pengulangan Konsonan Gunung-ganang Dolak-dalik Huru-hara
Bebas Anak-pinak Ulang-alik Lintang-pukang