Ayat Penegasan

 
  • Kata penegas atau partikel ialah kata yang digunakan untuk memberi penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

 
16.1  Ayat Penegasan

 

  • Terdapat banyak kata penegas dalam bahasa Melayu. Antaranya adalah sebagaimana berikut:

    • -kah

    • -tah

    • -lah

    • juga/jua

    • pun

    • sahaja

    • lagi

    • hanya

    • memang

  • Kata penegas -kah-tah dan -lah hadir sebagai penegas frasa predikat hanya apabila bahagian-bahagian ayat yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Kata-kata penegas ini mestilah digandingkan atau dirangkaikan dengan perkataan atau frasa yang ditegaskan.
  • Manakala kata penegas juga atau juapunsahajalagihanya dan memang bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau predikat. Kata-kata penegas ini mestilah ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau frasa yang ditegaskan.
  • Kata penegas juga dan jua saling berganti yang digunakan untuk menekankan atau menegaskan perkataan yang mendahuluinya dalam ayat penyata.
    b) Kata-kata penegas ini boleh hadir di tengah dan di belakang ayat.
    c) Kata penegas juga atau jua tidak boleh hadir di hadapan ayat.
  • Kata penegas hanya digunakan untuk memberi penekanan atau penegasan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat yang membawa maksud 'cuma', 'sahaja', 'tidak lebih daripada' atau 'sekadar' dan 'kecuali/melainkan'.
    b) Boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat.
    c) Tidak boleh hadir di belakang ayat.
  • Kata penegas -kah-tah dan -lah boleh hadir di hadapan ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat. Ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan yang ditekankan atau ditegaskan.
  • Kata penegas juga dan jua boleh hadir di tengah atau di belakang ayat dan tidak boleh hadir di hadapan ayat.
  • Kata penegas juga saling bergantian dengan kata penegas jua. Kata penegas sahaja saling bergantian dengan kata penegas hanya dalam satu ayat.
  • Kata penegas sahaja dan lagi boleh hadir di tengah dan di belakang ayat tetapi tidak boleh hadir di hadapan ayat.
  • Kata penegas hanya dan memang boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat.
  • Kata penegas pun boleh hadir di tengah ayat sahaja dan tidak boleh hadir di hadapan atau di belakang ayat.
  • Kata penegas jugajuapunsahajahanyalagi dan memang mesti ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau bahagian ayat yang ditegaskan.
  • Kata penegas pun mesti ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan sebelumnya apabila membentuk kata hubung dan penanda wacana.