Kata Hubung dan Kata Pemeri

 
  • Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
  • Kata hubung terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
    • Kata Hubung Gabungan
    • Kata Hubung Pancangan
 
5.1  Kata Hubung Gabungan

 

  •  Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
  • Contoh kata hubung gabungan:
Kata Hubung Gabungan Contoh
Agar  Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
Apabila  Mukanya pucat apabila disoal.
Atau  Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
Bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
Dan Leela dan Siu Lan berjiran.
Hingga  Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau  Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
Kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
Kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.

 

 
5.2  Kata Hubung Pancangan
 
  • Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu:
    • Kata Hubung Pancangan Relatif
    • Kata Hubung Pancangan Komplemen
    • Kata Hubung Pancangan Keterangan
  • Contoh kata hubung pancangan:
Kata Hubung Pancangan Contoh
Agar  Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan negara sentiasa terjamin.
Apabila  Syafiq cedera apabila bermain bola sepak.
Bahawa  Nurin memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang ke kampung.
Biarpun  Biarpun sudah tua, Mak Jah masih kuat bediri.
Hingga  Ali ingin belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.
Yang  Buku yang dibaca oleh Siti itu kepunyaan saya.
Untuk  Amirah hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Kerana  Murid itu sering dipuji oleh gurunya kerana rajin belajar.
Sekiranya  Cikgu berjanji akan memeberi ganjaran sekiranya menyiapkan kerja.
Kalau  Kalau itu takdirnya, saya terima dengan hati yang rela.
Sementara  Siti berteduh di pondok bas sementara menunggu hujan berhenti.
Ketika  Pencuri  memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.
Semoga  Milah mendoakan rakannya semoga cepat sembuh.
Semasa  Nenek menceritakan perihal kesihatannya semasa menelefon ibu.
Apabila  Tikah mudah panik apabila berada di tempat gelap.
Setelah  Penonton bersurai setelah permainan selesai.