Ayat Sama Maksud

 
  •  Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza.

  • Kenal pasti jenis-jenis ayat seperti Ayat Penyata, Ayat Perintah atau Ayat Tanya.

 
15.1  Ayat Sama Maksud

 

  • Gunakan kaedah Kata Tanya iaitu:

    • Apa

    • Siapa

    • Bila/Mengapa/Bagaimana/Di mana

  • Ayat Contoh: Nurul memberitahu Muhammad bahawa dia akan membawa Tina berjalan-jalan di taman esok.

    • Jenis ayat: Ayat Penyata

    • Kata tanya:

      • Siapa: Nurul kepada Muhammad.

      • Apa: Membawa Tina berjalan-jalan di taman.

      • Bila: Esok.

  • Ayat Sama Maksud: "Saya akan membawa Tina berjalan-jalan ke taman esok," kata Nurul kepada Muhammad.

 

  • Ayat Contoh: "Saya terlanggar pintu dan berasa amat sakit di bahagian siku," kata Nurin kepada doktor.
    • Jenis ayat: Ayat Penyata
    • Kata tanya:
      • Siapa: Nurin kepada doktor.
      • Apa: Sakit di bahagian siku.
      • Mengapa: Terlanggar pintu.
  • Ayat Sama Maksud: Nurin memberitahu kepada doktor bahawa dia berasa amat sakit di bahagian siku kerana terlanggar pintu.