Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

 
10.5   Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
 
Latar Belakang PBB
 
  • Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.
  • Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia.
  • Ibu pejabat PBB terletak di New York, Amerika Syarikat.
  • Bahasa rasmi yang digunakan ialah bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol.
 
Matlamat Penubuhan PBB
 
  • Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
  • Menggalakkan hubungan baik antara negara anggota.
  • Menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.
 

 

 
Gambar ini menunjukkan infografik mengenai faedah penyertaan Malaysia dalam PBB. Terdapat tiga poin utama yang diterangkan dalam bentuk bulatan berwarna merah: 1. Memelihara dan mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang keputusan yang diambil oleh PBB. 2. Membantu meningkatkan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu. 3. Meneruskan peranan aktif Malaysia dengan menyumbang pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu global. Di tengah-tengah infografik terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang berwarna putih dengan beberapa hiasan bintang di sekitar infografik.
 
Sumbangan Malaysia dalam PBB
 

1. Membawa isu perjuangan rakyat Palestin

  • Memainkan peranan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik Palestin-Israel.
 

2. Mendesak usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah

  • Mendorong Penganjuran Persidangan Antarabangsa Dadah di Vienna, Austria pada bulan Jun 1987.
  • Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi penghormatan sebagai Presiden persidangan tersebut.
 

 

 

 

3. Menyelesaikan konflik antarabangsa

  • Ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB 1965, 1989–1990, 1999–2000 dan 2015–2016.
  • Menghantar pasukan pengaman PBB ke Congo (1961), Namibia (1989), Somalia (1992), Bosnia dan Herzegovina (1992) dan Lubnan (2007).
  • Menghantar pasukan pemerhati PBB ke sempadan Iran–Iraq (1990).
 

4. Menyarankan usaha meningkatkan mutu pendidikan

  • Memperjuangkan prinsip “Pendidikan untuk Semua” menerusi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
  • Menganggotai Lembaga Eksekutif UNESCO pada tahun 2017.
 
UNESCO
Agensi khas PBB yang bertujuan untuk mempromosikan keamanan dunia menerusi kerjasama antarabangsa dalam pendidikan, sains dan budaya.
 
Pengiktirafan PBB kepada Malaysia
 
1. Pasukan Pengaman PBB diiktiraf menerusi pemberian sijil dan pingat perkhidmatan PBB
 

2. Sumbangan individu warga Malaysia yang mendapat pengiktirafan PBB

Tan Sri Razali Ismail

  • Pengerusi Majlis Keselamatan PBB (1989–1990).
  • Pengerusi Perhimpunan Agung PBB sesi ke-51 (1996–1997).

Datuk Dr. Mazlan Othman

  • Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (1999–2002 dan 2007).
  • Melaporkan aktiviti angkasa lepas kepada anggota PBB.
 
Pengiktirafan daripada PBB menerusi UNESCO
 

1. Tapak Warisan Dunia Kategori Alam Semula Jadi (2000)

  • Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.
  • Taman Kinabalu, Sabah.
 

2. Daftar Memori Dunia

  • Hikayat Hang Tuah (2001).
  • Surat-menyurat Almarhum Sultan Kedah (1882–1943) (2001).
  • Sulalatus Salatin (2002).
  • Batu Bersurat Terengganu (2009).
 

3. Daftar Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan

  • Makyung (2005).
  • Dondang Sayang (2018).
  • Silat (2019).
  • Wangkang (2020).
 

4. Tapak Warisan Dunia Kategori Kebudayaan

  • Melaka dan George Town, Bandar Bersejarah Selat Melaka (2008).
  • Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak (2012).