Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam

 
10.4 Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam
 
Malaysia merupakan antara negara pengasas Organisation of Islamic Cooperation atau Pertubuhan Kerjasama Islam.
 

Latar Belakang OIC

  • OIC ditubuhkan pada 25 September 1969.
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
  • Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
  • OIC dianggotai oleh 57 buah negara.
  • Bahasa rasmi OIC ialah bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.
 

Matlamat Penubuhan OIC

Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama negara Islam serta mengekalkan keamanan.

 

Faedah Penyertaan Malaysia dalam OIC

  • Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan budaya.
  • Mendapat bantuan pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam.
  • Menawarkan kemudahan biasiswa pendidikan.
 

Sumbangan Malaysia dalam OIC

  • Membantu penubuhan Bank Pembangunan Islam pada tahun 1975.
  • Menangani isu Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1991.
  • Menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel.
  • Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1983.
  • Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.