Malaysia dalam Pertubuhan Serantau dan Antarabangsa

 
10.1 Malaysia dalam Pertubuhan Serantau dan Antarabangsa
 
  Pertubuhan Serantau  
  Keanggotaannya terdiri daripada beberapa buah negara yang berjiran.  
     
 

Pertubuhan Serantau dianggotai Malaysia

1. SEAFET

  • Southeast Asia Friendship and Economic Treaty
  • Disertai pada tahun 1959
  • Dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina

2. ASA

  • Association of Southeast Asia
  • Disertai pada tahun 1961.
  • Keanggotaan terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

3. ASEAN

  • Association of Southeast Asian Nations
  • Disertai pada tahun 1967.
  • Pada awalnya dianggotai oleh lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.
 
 
TRIVIA
Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan Korea Utara.
 
 

Pertubuhan Antarabangsa dianggotai Malaysia

1. Komanwel

  • Disertai setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
  • Anggotanya terdiri daripada negara bekas tanah jajahan British.

2. PBB

  • Disertai setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
  • Keahliannya terbuka kepada semua negara.

3. NAM

  • Disertai sejak tahun 1970.
  • Anggotanya terdiri daripada 120 buah negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

4. OIC

  • Disertai sejak penubuhannya pada tahun 1969.
  • Pada awal penubuhannya, keanggotaan terdiri daripada 57 buah negara.