Tokoh Inspirasi Sukan Negara

 
9.4   Tokoh Inspirasi Sukan Negara
 
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah
 
  • Gelaran: Bapa Hoki Malaysia
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1985–2004).
  • Naib Presiden Federation International Hockey (FIH) (1992–2000).
  • Atas inisiatif baginda, Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang disertai oleh lapan pasukan terbaik dunia dipertandingkan di negara kita sejak tahun 1992.
 
Dato' Peter Velappan
 
  • Penolong Setiausaha Agung FAM (1963–1980).
  • Setiausaha Agung Asian Football Confederation (AFC) (1978–2007).
  • Pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak negara dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1972.
  • Pengarah Koordinasi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Piala Dunia (FIFA) pertama di Asia (2002) yang diadakan di Jepun dan Korea Selatan.
 
Dato' Sieh Kok Chi
 
  • Bermula sebagai atlet polo air negara dengan kejayaan menyumbangkan pingat perak dalam edisi Sukan SEAP 1965, 1967 dan 1969.
  • Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) (1992–2015).
  • Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Brunei (1999).
  • Ahli Kehormat Persekutuan Sukan SEA (2002).
 

 

 
Imej ini menunjukkan carta yang mengandungi empat bulatan yang disambungkan dengan garis putus-putus kepada satu bulatan tengah. Bulatan tengah berwarna merah gelap dengan teks putih yang berbunyi ‘ATLET-ATLET SUKAN TERDAHULU’. Empat bulatan di sekelilingnya mengandungi nama-nama berikut: 1. Bulatan kiri atas: ‘Dr. M. Jegathesan’ 2. Bulatan kanan atas: ‘Tan Aik Huang’ 3. Bulatan kiri bawah: ‘M. Rajamani’ 4. Bulatan kanan bawah: ‘Mokhtar Dahari’ Di atas bulatan tengah terdapat logo ‘Pandai’.
 
Dr. M. Jegathesan
  • Gelaran: Manusia Terpantas Asia
  • Mewakili negara dalam Sukan Olimpik 1960,1964 dan 1968
  • Tiga pingat emas Sukan Asia Bangkok 1966 acara 100m, 200m dan 4x100m.
 
M. Rajamani
  • Mewakili negara dalam Sukan olimpik 1964.
  • Empat pingat emas Sukan SEAP 1965 dan tiga pingat emas pada tahun 1967.
  • Satu pingat emas Sukan Asia Bangkok 1966.
 

 

 
Tan Aik Huang
  • Pingat emas Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965.
  • Juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka All England 1966.
  • Pingat emas Sukan Komanwel 1966.
  • Membantu Malaysia memenangi Piala Thomas 1967.
 
Mokhtar Dahari
  • Gelaran: Supermokh
  • 167 kali mewakili negara di peringkat antarabangsa dengan 89 gol.
  • Juara Piala Kejohanan Pestabola Merdeka 1973, 1974 dan 1976.
  • Penjaring gol terbanyak dunia (Ke tiga pada tahun 2021).