Pencapaian Sukan Kebanggaan Malaysia

 
9.1 Pencapaian Sukan Kebanggaan Malaysia
 

Badminton

  • Dimajukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1960.
  • BAM menganjurkan Kejohanan Badminton Kebangsaan.
  • Berjaya melahirkan atlet kebanggaan seperti Punch Gunalan, Misbun Sidek dan Lee Chong Wei.
  • Peringkat Antarabangsa: muncul juara sebanyak lima kali Kejohanan Piala Thomas dan memenangi pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik. Selain itu, menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka All England bagi acara beregu dan individu lelaki.
 

Bola Sepak

  • Dibangunkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditubuhkan pada tahun 1963.
  • FAM menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Liga Malaysia.
  • Berjaya melahirkan ramai pemain berbakat yang mewakili pasukan kebangsaan seperti Soh Chin Ann, James Wong dan Safawi Rasid.
  • Peringkat Antarabangsa: Melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980. Selain itu, menjuarai Piala Suzuki AFF tahun 2010.
 

Olahraga

  • Berkembang di bawah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) (kini dikenali KOM) yang ditubuhkan pada tahun 1952.
  • KOM menganjurkan Kejohanan Olahraga Kebangsaan.
  • Berjaya melahirkan atlet kebangsaan berwibawa seperti Dr. M. Jegathesan, Rabuan Pit dan Watson Nyambek.
  • Peringkat Antarabangsa: Memenangi pingat emas dalam acara 100 meter Sukan Asia pada tahun 1966 dan 1982. Selain itu, juara Kejohanan Sukan SEA 2017 dengan menyumbang lapan pingat emas.
 

Hoki

  • Sukan hoki di negara kita digerakkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang ditubuhkan pada tahun 1953.
  • MHC menganjurkan Pertandingan Liga Hoki Kebangsaan.
  • Berjaya melahirkan pemain berbakat untuk mewakili pasukan negara seperti Poon Fook Loke, Sarjit Singh dan Mirnawan Nawawi.
  • Peringkat Antarabangsa: Melayakkan diri sebanyak lapan kali dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Selain itu, tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun 1975 dan menjadi naib juara Sukan Komanwel 1998.
 
 

Atlet-atlet Kebanggaan Negara

Lee Chong Wei

  • Pemegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia bagi tahun 2006, 2008, 2012 dan 2013.
  • Juara Perseorangan Lelaki Terbuka All England sebanyak empat kali.
  • Dinobatkan Anugerah Pemain Lelaki Terbaik sebanyak lima kali oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Nicol Ann David

  • Pemegang gelaran pemain skuasy wanita nombor satu dunia paling lama, iaitu selama 108 bulan.
  • Menjuarai Kejohanan Terbuka Dunia sebanyak lapan kali dan pernah mengungguli Kejohanan Terbuka British, Terbuka Hong Kong serta Qatar Klasik.
  • Dinobatkan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia 2021.

S. Kuhan

  • Penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia tahun pada 1997, 1999 dan 2003.
  • Merupakan ketua pasukan hoki Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2006.
  • Mewakili negara sebanyak 341 kali dalam pelbagai kejohanan utama hoki seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Cabaran Juara-Juara, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Asia.

Pandelela Rinong anak Pamg

  • Atlet sukan terjun papan anjal dan merupakan penyumbang pingat gangsa pertama bagi negara dalam Sukan Olimpik London 2012.
  • Atlet wanita pertama sebagai pembawa bendera kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik.
  • Memenangi pingat emas Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA, Tokyo 2021.

Mohd Azizulhasni Awang

  • Pemegang gelaran nombor satu dunia dalam acara pecut individu lumba basikal pada bulan Februari tahun 2021.
  • Penyumbang pingat emas dalam acara Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong.
  • Pelumba basikal pertama negara berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan pingat perak di Olimpik Tokyo 2020.
  • Digelar “The Pocket Rocketman”.

Team Secret MY (e-Sukan Malaysia)

  • Mewakili negara dalam e-sukan Kejohanan Final Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.
  • Anggota pasukan terdiri daripada Raymond Tan Boon Sheng, Aekachai Areesanan, Ahmad Fuad Razali, Muhamad Hashim dan Muhammad Danish Yusniza.
  • Menduduki tempat ketujuh terbaik dunia.

Nurul Huda Abdullah @ Ch'ng Shu Lin

  • Atlet renang negara dengan pencapaian rekod cemerlang:
    Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA Bangkok 1985.
    Tujuh pingat emas dalam Sukan SEA Jakarta 1987.
    Lapan pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 1989.

Abdul Malek Mohamed Noor

  • Mengharumkan nama negara dalam sukan bina badan.
  • Memenangi enam kali gelaran “Mr. Asia” kategori heavyweight.
  • Dianugerahkan gelaran Olahragawan Negara tahun 1986 dan anugerah Olahragawan Kebangsaan tahun 1991.
 
 

Atlet Cemerlang Sukan Paralimpik

Bonnie Bunyau Gustin

  • Meraih pingat emas dan memecah rekod dunia dalam acara angkat berat di Kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Dubai 2021.
  • Meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Muhammad Ziyad bin Zolkefli

  • Meraih pingat emas acara lontar peluru F20 kategori masalah pembelajaran pada Sukan Paralimpik RIO 2016.
  • Memecah rekod dunia dengan catatan 16.84 meter.

Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi

  • Meraih pingat emas dalam acara 100 meter T36 kategori cerebral palsy pada Sukan Paralimpik RIO 2016.
  • Atlet pertama negara yang dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia Tahun 2018.

Abdul Latiff bin Romly

  • Abdul Latif bin Romly Mohamad Puzi Meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik RIO 2016 dalam acara lompat jauh T20 kategori kurang upaya intelektual dengan lompatan sejauh 7.60 meter yang merupakan satu catatan baharu rekod dunia.
  • Meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.